Showing posts with label Islamic. Show all posts
Showing posts with label Islamic. Show all posts

Wednesday, February 15, 2012

8 Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah~

Posted by YaNa at 6:18 PM 0 comments
Salam...

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

Read more~

Tuesday, May 31, 2011

Ianya Seperti...~

Posted by YaNa at 11:30 PM 0 comments
Salam...

Perempuan Monyet... Kau seperti... Dalam pepatah mengatakan... YANG DIKEJAR TIDAK DAPAT, YANG DIKENDONG BERCICIRAN. MENGIKUT BADAN BINASA, MENGIKUT HATI MATI.

Bertaubat lah wahai manusia. seseungguhnya... Seorang ulama hadits, Abu Laits pernah mengatakan
"Tiada sesuatu yang lebih jahat daripada dengki. Seorang pendengki akan terkena empat bencana sebelum dengkinya berhasil iaitu
1. Risau hati yang tidak putus-putus
2. Musibah yang tidak berpahala
3. Tercela yang tidak baik
4. Murka Allah swt

Dan... "Sesungguhnya pada nikmat Allah Ta'ala itu terdapat musuh-musuh. Baginda ditanya,"Siapakah musuh-musuh itu, ya Rasulullah?" Baginda menjawab,"Mereka ialah orang-orang yang dengki terhadap orang lain atas anugerah yang diberikan oleh Allah."


p/s: rezeki ada di mana2 di muka bumi Allah ini. Yang penting kita pandai mencari. Jodoh, Pertemuan @ Ajal di tangan Tuhan. Hak orang jangan dirampas kerana insyallah akan dirampas kembali oleh yang berhak. :)

read more~

Thursday, April 28, 2011

Bila Tersedar Dari Lena~

Posted by YaNa at 3:08 PM 0 comments
Salam...

Apa yang saya nk bagitahu sebenarnya... Hmm takut dengan kata2 ini boleh mengguris hati orang lain. Sedangkan ini hanya untuk memperingatkan diri sahaja perkara2 yang dilihat... dirasa... dikenakan... & pengalaman.

Maaf jika sesiapa terasa akan post ini.

Soalannya... Pernahkan anda merenung diri anda @ menilai diri anda @ muhasabah diri???

Adakah anda perasan kadangkala tindakan yang anda buat itu ada mengguris hati yang lain? Adakah terbit perasaan bersalah atau anda hanya mendiamkan diri kerana anda rasa tidak perlu untuk minta maaf?

Mesti orang yang telah kita sakiti tu sangat sakit hati dengan kita. Tetapi perlukah yang lain (kwn2) mencampuri atau turut serta memusuhi kita? Tak perlu sebenarnya. Masalah kita dan orang itu biarlah kita sendiri yang betulkan. Jika tidak itu samalah yang lain itu lebih teruk dari yang membuat salah.

Jika kita dipihak yang benar (tapi sebenarnya salah) perlukah kita menghebah-hebahkan kepada seluruh dunia? Seperti ingin memberitahu kebaikkan kita supaya yang lain percaya. What point? Hanya sabar yang dapat menggembirakan hati...

"Maka antara ujian yang datang daripada Allah itu ialah timbulnya perasaan takut di hati, kelaparan, hilangnya harta benda, tanaman dan orang yang disayangi. Kebiasaannya apabila manusia ditimpa musibah, pastinya mereka akan berada dalam keadaan sedih, dukacita dan gusar. Tetapi manusia yang bersabar menghadapi ujian akan menerima khabar gembira."

"Berkata Ustadzul Imam Al Habib Abdullah Bin Abdul Qadir Bin Ahmad Bilfaqih :“ Jadilah orang-orang yang sholeh, kerana orang-orang yang sholeh akan bahagia di dunia dan akhirat . Dan jadilah orang-orang yang benar, jangan menjadi orang yang pintar, kerana orang yang pintar belum tentu benar, tetapi orang yang benar sudah pasti pintar.... Barakallah Barakallah"

"Sabda Rasul SAW lagi berhubung dengan fitnah yang bermaksud:



"Masa akan menjadi dekat (pendek), ilmu akan diangkat, fitnah akan lahir, dicampakkan akan sifat bakhil dan berlaku dengan banyaknya ‘harju’. Maka mereka bertanya: Wahai Rasulullah, apakah maksud harju. Baginda menjawab: harju adalah pembunuh."
 
"Dari keburukan kita, kita melihat keburukan orang lain. Setiap orang mempunyai karakter yang baik. Kita harus memalingkan perhatian kita kepada sisi baik itu. Dalam Surah Al-Rahman dikatakan, "Tidak ada balasan untuk kebaikan melainkan dengan kebaikan pula"



Semoga kata-kata ini dapat memperingatkan diri saya & cuba sedaya upaya untuk berfikiran positif serta menjaga hati yang lain... Insyallah... :)))
 
p/s: Credit to Intan Liyana Zaharin... Make me learn & think about myself & others... Thank you so much...
 
read more~

Monday, February 07, 2011

Apa Yang Di Tangan...

Posted by YaNa at 4:09 PM 0 comments
Salam...

Sedikit perkongsian disini. Terlintas untuk membaca sebuah artikal. :)


Kuku

Mengikut Islam bahawa menyimpan satu jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang. bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut. Jadi potong la kuku anda jika perlu. :)

*Kebenaran: Jangan ada niat simpan kuku panjang, walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.Nanti korang makan tahi kuku sendiri. Geli dowh...

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang kurang pandai atau pun degil sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

**Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli.Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.


Jari

Nasihat Nabi Muhammad S.A.W. kepada Saidina Ali. Sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad S.A.W.. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari:

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad S.A.W. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknati oleh Allah S.W.T iaitu kaum yang menderhaka di zaman Nabi Lut A.S (Yahudi).


p/s: Mengikut syariat Nabi Muhammad S.A.W adalah panduan hidup yang paling nyata. Dari segi kesihatan, pergaulan, pemilihan pasangan & cara hidup, semuanya menunjukkan kebaikkan. Sama2 la kita perbetulkan diri & sentiasa mengikut syariat yang diajarkan. Insyallah... =p


read more~

Friday, February 04, 2011

I Wish I Can Be Like Her... ^_^

Posted by YaNa at 11:26 AM 0 comments
Salam...

This person's name is Intan Liyana. I really adore her. Her ways of life make me more confident & more think positively. Many2 thanks & credit for her. :)

~Ini la die~



Ini ada sedikit sharing untuk kwn2 yang lain :-


"We turn not older with years, but newer every day."

"Beritahu pada muslimah itu,simpan secebis malu,kerana malu itu,sebahagian dari iman..."

"The winners in life think constantly in terms of I can, I will, and I am. Losers, on the other hand, concentrate their waking thoughts on what they should have or would have done, or what they can't do..."

"Orang yg paling besar peluangnya mendapatkan syafaat Rasulullah S.A.W ialah orang yg selalu menghadirkan Baginda dlm hati dan hidupnya.Yakni,org yg menjadikan sunnah sbg panduan hidup dan memperbykkan selawat kepadanya..."

"Jika kita telah memulainya dengan KEYAKINAN, maka ALLAH akan menyempurnakannya dengan cara yg kita tidak sangka-sangka ..."

"Sabda Rasulullah , Dan sesungguhnya org yang paling aku benci daripada kalangan kalian dan paling jauh daripadaku pd hari kiamat ialah orang yg paling byk bicara. Riwayat Al-Tirmizi ...."

p/s: happy sharing...♥♥♥


read more~

Friday, December 03, 2010

Jeles~

Posted by YaNa at 11:40 AM 0 comments
Salam...

"Your Jealousy is My Energy"-(by whom i don't remember)

Saya sangat jeles kepada org2 yang lebih pandai, b'perangai sebaik-baiknya & b'iman kpd Allah swt.
Kenapa saya tidak menjadi seperti mereka??? Hmm banyak faktor.
Tapi insyallah saya dengan sedaya upayanya akan mencuba melakukan yang terbaik.
Demi untuk masa depan saya supaya mendapat kehidupan yang lebih diRedhai-Nya.

Saya kini cuba mengisi ruang waktu dengan membaca pelbagai bahan bacaan. Supaya dapat menambah ilmu selain ilmu pelajaran. Yang itu perlu sambung belajar semula la. Ahaks... ^_*
Tapi satu yang saya perasan pada diri saya sejak saya dari Tingkatan 4... Ermm saya sudah tidak berminat mengintai majalah hiburan artis. Nak tgk Melodi pun tidak. Unless sesiapa yang m'beli majalah hiburan, saya sekadar membelek secara ringkas. Kalau ade org bukak Melodi, saya akan tgk seketika sahaja. Namun hendak saya melakukannya sendiri memang tidak sama sekali. ^_^ Kdg2 kawan2 b'cerita saya hanya menjadi pendengar kerana tidak tahu.

Oopss melalut sampai ke situ plak. hehe... Apa yang cuba saya katakan di sini... Kita jangan jadikan cemburu kita itu sebagai dendam & cuba membalas dendam dgn cara yang buruk & kotor kpd org yang kite cemburui. Kita perlu cuba secara positif. Dengan perbaiki diri supaya jd yang lebih baik & maju. Kemudian baru kita tunjukkan kpd org yang kita cemburui yang kita sbnrnya blh menjadi seperti mereka.

Inilah cara yang sepatutnya kita sebagai Orang Melayu lakukan. Bukan Perasaan Hasad Dengki yang tinggi sehingga sanggup memusnahkan hidup & pertalian org lain. Perlu juga kita ingat semua yang kita usahakan insyallah akan dikabulkn oleh Allah swt. Kerana dia juga yang menunjukkan jalan & menulis jalannya. Manusia seperti kita hanya perlu berusaha & berdoa. ^_^

p/s: semoga saya akan menjadi seperti orang yang sebaik2nya & diRedhai-Nya. Amin...

read more~

Tuesday, August 10, 2010

Fadhilat Solat Terawih

Posted by YaNa at 1:45 PM 0 comments
Hye...

Malam 1 : keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 : diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 : berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 : memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 : Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 : Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 : Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 : Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 : Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 : datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 : Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 : Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 : Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 : Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)

Malam 19 : Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 : Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 : Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 : Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23 : Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 : Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25 : Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 : Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 : Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 : Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 : Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 : Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’.”

read more~

Ramadhan Al-Mubarak Kembali Lagi... :)

Posted by YaNa at 1:38 PM 0 comments
Hye...

*Ta’rif Puasa (As-Siyam)

Istilah Syara’: Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa, bermula dari terbit fajar (subuh) hingga terbenam matahari.

*Hukum Puasa

Dalilnya, firman Allah Ta‘ala (Al-Baqarah:183) yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu supaya kamu bertaqwa”

Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar y katanya: Nabi bersabda yang bermaksud:

“Islam itu dibina di atas lima rukun: Mengucap syahadah ‘Laa ilaaha illallah, Muhammadar Rasulullah’, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah”. (Muttafaq ‘alaih: Al-Bukhari dan Muslim).

*Niat Puasa



P/s: Love Love Love.... Hope can perform better than last year. ^___^

read more~
 

Life Is Beautiful Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting