Sunday, February 12, 2012
Muhasabah Diri~
" Segala yang berlaku ke atas diri, penerimaan orang lain & kata2 dari orang lain adalah mengambarkan diri kita. Bukan semua orang boleh menyukai kita seadanya... Tapi perlukah kita terima? Jadikannya sebagai positif untuk memperbaiki diri, bukan merasakan diri kita itu benar & fikirkan semula untuk perbaiki hubungan dengan orang lain."
" Sekiranya Allah menguji kita, hendaklah kita berfikir dimana silapnya kita & apakah perkara yang perlu kita betulkan. Kerana dengan ujian itu kita akan tahu & perolehi kebaikkan. Minta maaf & insaflah dengan kesalahan yang telah kita perbuat. Insyallah banyak kebaikkan akan timbul kelak."
Read more~
Saturday, January 07, 2012
Padang Kota~
Saya sekarang sedang berada di Padang Kota, Penang. Ambik-ambik angin sambil bersantai. Memang seronok bersantai dekat sini. Tetapi tadi saya dan suami saja makan-makan dekat gerai Padang Kota. Ternyata ianya "indah khabar dari rupa".
Kami makan kerang rebus yang tak berapa sedap(rm10), kuey teow goreng campur(rm9), dan air kelapa(rm4+rm4)sebab ambil dua. Sangat mahal dan tak sedap pun.
Suami saya yang sememangnya orang Penang juga mengatakan rugi untuk makan di sini. Huhu... Next time never eat at this place anymore. Sucks... :p
Anyway thank you to en. Suami kerana membawa isterinya yang kini banyak kerenah ini bersantai. Hihihi mmuuaaahhh...
P/s: td sudah scan baby. Sangat aktif dan berat my baby boy 1.8kg. Can't wait... ^__^
Read more~
Thursday, January 05, 2012
I'm Proud Of You My Friend~
Saya sangat bangga dengan seorang kawan saya yang bernama Eliana Elias. Dia adalah kawan sekelas semasa waktu Degree di Shah Alam dulu. Baru-baru ini dia telah mengisytiharkan perubahan untuk bertudung. Alhamdulilah dengan hidayah yang Elly dapat tu.
Saya perasan semua gambar2 Elly yang tidak bertudung sebelum itu telah di'delete' dari profile Facebook. Sangat baguskn. ^_^
I'm proud of you Elly. Semoga dikekalkan hidayah itu. Semoga lebih baik untuk yang seterusnya. Insyallah...
P/s: Hope me also get the "Hidayah" from Him to be more stronger in my life & feel peace.. :))
Read more~
Monday, December 19, 2011
Wahai Perempuan~
Lots of unexpected things comes around. But remember, what comes around goes around. Only Allah will know the truth. I will always pray that the wrong things will show up in front of me. So i can be more thankful to Allah.. ^_^
"Perempuan... Jika kau betul, angkat la al-quran & berjanji kau tidak melakukan. Hanya kerana kata-kata orang mungkin tidak percaya.
Perempuan... Jika ingin bertaubat jangan sekadar luaran. Kerana ia tidak akan selari dengan perbuatan."
"Adik sepupu berkata kpd maknya. "Ppuan yg baik mesti pakai tudung sampai ke pusat. Ustazah yg ckp." hehe bdk kecik pun fahamkn. Kite yg dewasa?? Agak malu jgk la bile dgr. Kedudukan pun skrg kite xjage bg yg bukan muhrim msti 3 hasta kn???"
"wahai perempuan... Jika lelaki selalu mengambil kesempatan, mengapa bukan kita sahaja menjarakkan ruang. Menuding jari kepada lelaki tidak akan melihatkan kita mulia. Tetapi sebaliknya kita nampak lebih teruk dari itu disebabkan kita perempuan."
P/s: arini, hanya ini yang saya muhasabah diri. Semoga menjadi insan yang lebih baik & matang. Jaga pertuturan kerana setiap pertuturan akan menjadi racun @ manisan.
Read more~
Wednesday, November 09, 2011
Think Deeply~
"Ingatlah wahai manusia, jika kita berbuat buruk kepada yang lain, yang lain itu mampu berbuat lebih buruk kepadanya."
P/s: ingat2 lah wahai manusia lain. Siapa yg buat jahat ngn saya, saya pun mampu buat jahat kpd anda juga. Cuma saya bukan jenis jahat, syirik @ tukang sihir. Hahaha... Iman lebih penting dipelihara okay... ^_*
Read more~
Wednesday, July 27, 2011
Just love it... ^_^
"The price of anything is the amount of life you exchange for it"
-Henry David Thoreau-
P/s: What you give, you get back. ^___^
Read more~
Monday, July 04, 2011
Seminggu~
Seminggu lepas yang sangat sibuk dan memenatkan. Tetapi sangat berbaloi... Hihi...
Hari isnin : Lapor diri ke Kementerian Dalam Negeri. Sangat lama untuk mendapatkan satu surat. Fuhh.. Dari pukul 10pagi hingga 5.10ptg. My family & hubby yang sgt2 sabar menunggu.
Hari selasa : Lapor diri ke Bukit Aman. Kali ini saya hanya pergi bersama suami. Mak & abah sudah bekerja. Mujur tidak tunggu lama mcm smlm. Selesai saja tengahari, kami terus gerak balik Penang. Yippy... ~
Hari rabu : Lapor diri ke IPK dan IPD Timur Laut. Selesai lapor diri saya mintak pelepasan utk hari tu. Hehe balik rumah apa lagi, rehat & zzzzz.... Hihi... Kesian en. Suami terpaksa kerja.
Hari khamis & jumaat : Sudah mula kerja la... Mana boleh curi tulang lagi. Kali ni saya kerja di kaunter kutip saman. Kira buat hasil la. Sblm ni tak pernah kutip hasil lg. Harap dapat menyesuaikan diri nanti. Hihi... Kawan2 di sini sangat peramah. ^_^
Hari sabtu : Berehat di rumah tok sambil menunggu suami mengecat. Hehe... Malam kami tengok wayang cerita Green Lantern sebab tiket Tranformers sold out. Sob sob sob...
Hari ahad: hanya lepak di rmh mak di BJ. Selamat harijadi Muaz.. ~
P/s: hihi first time update blog guna iphone. Hihi sebab tu kelam kabut sket ayat. :p
Tuesday, May 31, 2011
Ianya Seperti...~
Perempuan Monyet... Kau seperti... Dalam pepatah mengatakan... YANG DIKEJAR TIDAK DAPAT, YANG DIKENDONG BERCICIRAN. MENGIKUT BADAN BINASA, MENGIKUT HATI MATI.
Bertaubat lah wahai manusia. seseungguhnya... Seorang ulama hadits, Abu Laits pernah mengatakan
"Tiada sesuatu yang lebih jahat daripada dengki. Seorang pendengki akan terkena empat bencana sebelum dengkinya berhasil iaitu
1. Risau hati yang tidak putus-putus
2. Musibah yang tidak berpahala
3. Tercela yang tidak baik
4. Murka Allah swt
Dan... "Sesungguhnya pada nikmat Allah Ta'ala itu terdapat musuh-musuh. Baginda ditanya,"Siapakah musuh-musuh itu, ya Rasulullah?" Baginda menjawab,"Mereka ialah orang-orang yang dengki terhadap orang lain atas anugerah yang diberikan oleh Allah."
p/s: rezeki ada di mana2 di muka bumi Allah ini. Yang penting kita pandai mencari. Jodoh, Pertemuan @ Ajal di tangan Tuhan. Hak orang jangan dirampas kerana insyallah akan dirampas kembali oleh yang berhak. :)
read more~
Wednesday, May 25, 2011
Benar~
Benarlah hanya Allah mempunyai hak ke atas muka bumi ini, umatnya & yang lain-lainnya...
Tetapi hanya kebenaran, ketulusan & keikhlasan dibenarkan untukNya...
Hanya dengan menjauhi kemaksiatan & kemungkaran akan memperolehi keredhaanNya...
Tetapi manusia sendiri tidak tahu yang mana benar di dalam takdir yang menentukan...
Hanya kita manusia hanya manusia...
Sejujurnya semua yang kita lakukan perlu bersujud & beniat hanya kepadaNya...
Tetapi bagaimana jika kebahagian kita cuba dirampas insan lain?
Adakah benar itu hanya kepada mereka @ ilusi semata-mata...
Ingatlah wahai manusia, terima takdir dengan redha hati. Memori lama yang menjadi kesalahan tidak perlu dikenang. Kelak merosakkan diri & menjadi yang lebih buruk. Simpanlah rapi di dalam hati...
p/s: I'm happy & so happy coz have peoples that loves me so much & keep the happy deep in my heart. Semoga Allah memberi balasan yang setimpal dengan manusia yang menganiaya yang lain. Ku mendoa agar kebahagian ini dikecapi hingga akhir hayat ku.. Aminn...
Monday, May 23, 2011
Cinta~
CINTA...
Jadikan CINTA agar kita lebih rapat dengan Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W . Mudahan Allah menghidupkan rasa lebih CINTA kpd Rasulullah , mudah-mudahan Allah wafatkan kita dlm keadaan CINTA kpd Rasulullah dan moga Allah kumpulkan kita semua di hari akhirat bersama Rasulullah S.A.W yang kita CINTAI ...
"Cintailah Allah SWT karena Ia selalu memberi kamu nikmat- nikmat-Nya. Dan cintailah aku (Nabi SAW) karena cintamu kepada Allah SWT dan cintailah keluargaku karena cintamu kepadaku." (HR. Turdmudzi dari Ibnu 'Abbas).
Semua yang terjadi itu ketentuan dari Allah dan semua telap ditetapkan qada qadar sejak usia kita 3 bulan lagi dalam perut ibu .. Hadapinya semuanya dengan tabah dan senyuman ... ♥♥♥
p/s: When being deeply loved by someone gives you strength, while loving someone deeply gives you courage. ^_^
read more~
Friday, May 20, 2011
Ikatan Hati~
Syukur alhamdulillah...
Apabila ikatan hati kuat bersatu
Dan Mencintai kerana Allah...
Tiada satu kuasa pun boleh memusnahkannya.
Ya. Si Dia memilih saya & tetap memilih saya.
Sekuat mana manusia itu diuji
Sekuat itu juga la hati diperlukan untuk penetapan apa yang dikehendaki
Supaya ia menjadi keputusan yang terbaik dari hati...
Insyallah...
Keputusan telah diambil
Dengan lindungan Allah SWT
Kami umatnya terselamat dari runtuhnya
Akan dijaga ikatan ini sehingga akhir hayat.
p/s: When heart say no, don't push them... But when heart say yes, no one can influent them...
read more~
Wednesday, May 18, 2011
Mimpi Semalam~
Bermula dengan mimpi-mimpi indah
Janji-janji manis kau taburkan
Kata-kata manis membuat aku terleka & percaya
Hingga aku sangka kau yang terawal & terakhir...
Tetapi...
Mana janji-janji mu
Hidup aku kau permainkan
Hidup aku kau taruhkan
Sehingga ia telah menjadi mimpi semalam...
Seperti aku tersedar dari lena
Buaian kata-kata & janji-janji mu
Yang ternyata semuanya dusta
Alhamdulillah kerana aku telah diberi petunjuk
Semoga Yang Maha Esa menguatkan semangat ku
Memberi aku ketabahan untuk melalui hari-hari yang sukar ini
Segala persoalan akan terjawab apabila semua telah ditakdirkan
Buat mu Yang Teristimewa
Akan ku beri jawapan setelah persoalan diminda terjawab
Setelah hati ku menerima
Dan setelah diizinkan & diredhai oleh Yang Maha Kuasa...
read more~
Friday, April 29, 2011
Tomorrow~
Esok saya akan bermula bercuti... Saya akan bercuti dari 30hb April hinggalah 8hb Mei... hihi ^___^
Sgt happy. Kerana rindu pada suami yang terpaksa berjauhan selama 10 hari ni.. hukhukhuk...
Kali ini mengambil cuti yang lama kerana pada 1hb Mei adalah majlis meyambut menantu sebelah suami pula. Sangat excited kali ini... Dapat bercuti lama untuk menghabiskan masa bersama suami. Tetapi selepas itu akan berjauhan semula. Kami akan berjumpa setiap 2 minggu sekali kerana jarak berjauhan kami dari Kuantan ke P.Pinang... :(((
p/s: Dua pengantin ini akan bersanding semula.... Kali ini bersama-sama... ^____*
read more~
Thursday, April 28, 2011
Bila Tersedar Dari Lena~
Apa yang saya nk bagitahu sebenarnya... Hmm takut dengan kata2 ini boleh mengguris hati orang lain. Sedangkan ini hanya untuk memperingatkan diri sahaja perkara2 yang dilihat... dirasa... dikenakan... & pengalaman.
Maaf jika sesiapa terasa akan post ini.
Soalannya... Pernahkan anda merenung diri anda @ menilai diri anda @ muhasabah diri???
Adakah anda perasan kadangkala tindakan yang anda buat itu ada mengguris hati yang lain? Adakah terbit perasaan bersalah atau anda hanya mendiamkan diri kerana anda rasa tidak perlu untuk minta maaf?
Mesti orang yang telah kita sakiti tu sangat sakit hati dengan kita. Tetapi perlukah yang lain (kwn2) mencampuri atau turut serta memusuhi kita? Tak perlu sebenarnya. Masalah kita dan orang itu biarlah kita sendiri yang betulkan. Jika tidak itu samalah yang lain itu lebih teruk dari yang membuat salah.
Jika kita dipihak yang benar (tapi sebenarnya salah) perlukah kita menghebah-hebahkan kepada seluruh dunia? Seperti ingin memberitahu kebaikkan kita supaya yang lain percaya. What point? Hanya sabar yang dapat menggembirakan hati...
"Maka antara ujian yang datang daripada Allah itu ialah timbulnya perasaan takut di hati, kelaparan, hilangnya harta benda, tanaman dan orang yang disayangi. Kebiasaannya apabila manusia ditimpa musibah, pastinya mereka akan berada dalam keadaan sedih, dukacita dan gusar. Tetapi manusia yang bersabar menghadapi ujian akan menerima khabar gembira."
"Berkata Ustadzul Imam Al Habib Abdullah Bin Abdul Qadir Bin Ahmad Bilfaqih :“ Jadilah orang-orang yang sholeh, kerana orang-orang yang sholeh akan bahagia di dunia dan akhirat . Dan jadilah orang-orang yang benar, jangan menjadi orang yang pintar, kerana orang yang pintar belum tentu benar, tetapi orang yang benar sudah pasti pintar.... Barakallah Barakallah"
"Sabda Rasul SAW lagi berhubung dengan fitnah yang bermaksud:
"Masa akan menjadi dekat (pendek), ilmu akan diangkat, fitnah akan lahir, dicampakkan akan sifat bakhil dan berlaku dengan banyaknya ‘harju’. Maka mereka bertanya: Wahai Rasulullah, apakah maksud harju. Baginda menjawab: harju adalah pembunuh."
"Dari keburukan kita, kita melihat keburukan orang lain. Setiap orang mempunyai karakter yang baik. Kita harus memalingkan perhatian kita kepada sisi baik itu. Dalam Surah Al-Rahman dikatakan, "Tidak ada balasan untuk kebaikan melainkan dengan kebaikan pula"
Semoga kata-kata ini dapat memperingatkan diri saya & cuba sedaya upaya untuk berfikiran positif serta menjaga hati yang lain... Insyallah... :)))
p/s: Credit to Intan Liyana Zaharin... Make me learn & think about myself & others... Thank you so much...
read more~
Sunday, April 24, 2011
Sedih Bila Kita Tidak Dianggap Yang Sebenarnya~
"Immature love says: 'I love you because I need you.' Mature love says 'I need you because I love you.' "
p/s: what was this two words? :)))
read more~
Monday, April 11, 2011
Nonsence's Talking~
Saya terfikir sejenak apa yang berlaku seminggu dua ini... sebulan dua ini... & setahun dua ini...
Semuanya ada hikmah yang tersendiri. Ujian yang datang, perangai kita & kehidupan kita semua diatur satu persatu oleh Yang Maha Kuasa di atas sana.
Tetapi DIA telah memberi kita ruang untuk membentuk kehidupan sendiri... Membetulkan perangai... & merancang kehidupan sebagai mana yang kita kehendaki. Kemudian disusuli dengan doa & usaha sekuat mana kita ingin perolehi. Apabila dibenarkan barulah semua itu ditunaikan... Dengan syarat kita sentiasa ingat, patuh & sembah kepadaNya.
Saya ingin melupakan segala kesedihan yang berlaku sebelum2 ini & ingin membina hidup baru. :)
Stop all the nonsense talking, thinking & doing... Let it past by... Kita sebagai mahkluk ciptaanNya, perlu cuba untuk menjadi yang lebih baik dari yang lepas2. Jangan takut @ segan untuk memulakannya kerana ia akan menjadi langkah pertama untuk kita berjaya dimasa hadapan dengan izinNya... Alhamdulillah...
p/s: Life Is Climb but The View is Great... :)
read more~
Friday, April 08, 2011
Bergaduh Besar~
Wah... Macam gempak je tajuk ni. hihi... Actually i had a big fight with my officemate. And i'm still confuse about this...
":: semangat baru... Wahai org2 bekerja... Kita dibayar gaji utk bekerja. Igtlah gaji itu dibayar utk kite bekerja. Kalo lbh byk bersenang kire cmane gaji itu eh??? Berkat @ x? hehe..."
Hmm post ini la yang menyebabkan kami bergaduh. I dont know why... But i trying to understand it. Ceritanya mcmni.... bla...bla...bla...bla.................................................................................................................................
Ha mcm tu la ceritanya... Kire conclusion nya... Terasa hati sebab post ini. Die ingat saya mengata dia. Sedangkan saya tidak mengata sesiapa. Saya bukan la jahat sangat & busuk hati sgt. Post itu adalah azam baru saya sempena birthday saya yang ke-26 pada 05.04.2011 lalu...
Azam baru saya :-
1. Ingin menjadi seorang isteri yang baik kepada suami nanti. Insyallah
2. Ingin memenuhi tuntutan agama sebaik2nya. Insyallah
3. Ingin menjaga prestasi kerja & menjadi pekerja yang lebih berdedikasi. Insyallah
4. Dan andai kata diberikan zuriat, akan menjadi ibu yang baik serta boleh membentuk anak2. Insyallah.. Amin...
Perlu ke saya memberitahu dia semua yang saya ingin lakukan dalam hidup saya? Cuma saya tidak suka cara dia yang suka melenting tak pasal2 & suka anggap bukan2 before tahu perkara yang sebenar. Sebelum ini saya berdiam terasa hati kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Sangat terasa hati... Kawan yang kita anggap boleh menjadi kawan baik tetapi boleh buat kepada saya sampai mcmtu skali.
Maaf.. Saya tak pernah anggap diri saya ni perfect. Tetapi apa salah jika saya cuba mengalihkan diri ke arah itu supaya menjadi lebih baik dari yang sebelumnya.. Salah ke??? Kenapa mesti nak mengata saya menunjuk2 & mengikut apa yang dia buat. Thats not me okay... hehe... I have my own dreams & visions thats had nothings to do with anyone. Please dont be jelous & always think people always want to be like u. U are not perfect either.
Saya pun bukan suka nak ikut2 orang. Saya lebih suka buat apa yang saya rasa nak buat. Saya akan usaha sendiri untuk diri saya. Saya tidak mengata pasal dia depan semua orang pun.. Tetapi saya rasa la... dia yang mengata saya. Jikat tidak, takkan dia akan post di Facebook macam2 untuk mengata saya. Tak apa la... Dia nak anggap saya apa sekali pun. Yang penting saya tau saya macmana & orang2 yang kenali saya mcmana. Saya tak mahu tahu apa yang die nk katakan pada saya & fikir pasal saya serta anggapan dia pasal saya. Jika dia rasa dia betul its fine for me. Saya no komen. :)
Dia tak tahu apa2 pasal saya, dia takde hak nak kata saya macam2.
Ok. Sampai di sini dulu...
p/s: Semoga satu lagi azam baru saya semalam boleh diatasi & dipenuhi. ^_^
read more~
Wednesday, March 16, 2011
Please Dont Judge Me!
If we could first know where we are, and whither we are tending, we could then better judge what to do, and how to do it. - Abraham Lincoln
Yes. I'm the person,
U always as the way u are judge me all the same way like others
Never a little u said i'do the wrong things
U make me fly like a bird freely.
Then, raining down
I got wet and u still dry
Never endless ur right feelings all the way u do
Me as the way i am still quite.
A Ferris Wheel,
Spinning up and down
Like my life until forever, Always have up & down time
With hope i can turn off the wheel when i'm in the middle...
-truly writer-
read more~
Tuesday, March 15, 2011
Never happy???
Kami nk nak cerita psl "quote" yg memberi inspirasi lg... hikhik...
"You will never be happy if you continue to search for what happiness consists of. You will never live if you are looking for the meaning of life."-Albert Camus-
Yes. I got the meaning. Sometimes, i'm kind of slow person to find & understand what the meaning of life. Keep going to search & never find. But when i look at this 'quote'... I'm getting slowly understand what it means. Syukur Alhamdulillah... Thats all i can say. :)
p/s: Hope we all can share from this quote. This quote only 4 some part in our life. There's many more to go we should now. Open ur mind to understand it as yours... Happy sharing... ^_^
read more~
Thursday, March 10, 2011
Hipocrite...

Sudah lama tidak update. Sgt busy dengan perkara2 yg penting. hihi... Ini pun ade masa terluang & ingin berkongsi sedikit tentang yg difikirkan...
Sincerity makes the very least person to be of more value than the most talented hypocrite. -Charles Spurgeon-
Yup. Itu la yg sebenarnya kita perlu tahu & seboleh2nya beringat seblm ia memakan diri kita sendiri. Saya sentiasa ingin mengingatkan diri supaya apa yg kita telah berkata hendaklah setara dgn apa yg kita buat. Jika tidak sama la seperti kita ni "mengata dulang paku yg serpih, mengata orang kita yg lebih".
Jd ukurlah baju dibadan sendiri dulu sebelum kita mengata org lain sehinggakan memalukan diri kita sendiri kelak. Saya bercakap ini adalah berdasarkan pemerhatian pada org2 sekeliling & pengalaman sendiri. hikhikhik.... Insyallah akan diperbaiki dari semasa ke semasa.
p/s: Semua yg baik dtg dari Allah & yg buruk dari kita manusia yg tidak sempurna. But don't judge book by its cover. Kdgkala apa yg indah dilihat luarannya belum tentu yg dalamnya bagus @ baik. :)
read more~


