Tuesday, May 24, 2011

I want to be...~

Posted by YaNa at 12:52 PM 0 comments
Salam...

I WANT TO BE A GOOD DAUGHTER THAT NOT EVEN ONCE EMBARRASSING HER FAMILIES

I WANT TO BE A GOOD WIFE TO HER HUSBAND

I WANT TO BE A GOOD MOTHER TO MY CHILDRENS

AND THE MOST IMPORTANT I WANT TO BE A DEVOUT CALIPH TO HER CREATOR.


p/s: redha...redha...redha... dengan apa yang terjadi. Perbaiki apa yang terjadi. Bersyukur dengan apa yang terjadi. Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah... :)
read more~

Monday, May 23, 2011

Cinta~

Posted by YaNa at 12:20 PM 0 comments
Salam...

CINTA...

Jadikan CINTA agar kita lebih rapat dengan Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W . Mudahan Allah menghidupkan rasa lebih CINTA kpd Rasulullah , mudah-mudahan Allah wafatkan kita dlm keadaan CINTA kpd Rasulullah dan moga Allah kumpulkan kita semua di hari akhirat bersama Rasulullah S.A.W yang kita CINTAI ...

‎"Cintailah Allah SWT karena Ia selalu memberi kamu nikmat- nikmat-Nya. Dan cintailah aku (Nabi SAW) karena cintamu kepada Allah SWT dan cintailah keluargaku karena cintamu kepadaku." (HR. Turdmudzi dari Ibnu 'Abbas).

Semua yang terjadi itu ketentuan dari Allah dan semua telap ditetapkan qada qadar sejak usia kita 3 bulan lagi dalam perut ibu .. Hadapinya semuanya dengan tabah dan senyuman ... ♥♥♥


p/s: When being deeply loved by someone gives you strength, while loving someone deeply gives you courage. ^_^



read more~

Friday, May 20, 2011

Ikatan Hati~

Posted by YaNa at 10:02 PM 0 comments
Salam...

Syukur alhamdulillah...

Apabila ikatan hati kuat bersatu
Dan Mencintai kerana Allah...
Tiada satu kuasa pun boleh memusnahkannya.

Ya. Si Dia memilih saya & tetap memilih saya.

Sekuat mana manusia itu diuji
Sekuat itu juga la hati diperlukan untuk penetapan apa yang dikehendaki
Supaya ia menjadi keputusan yang terbaik dari hati...

Insyallah...

Keputusan telah diambil
Dengan lindungan Allah SWT
Kami umatnya terselamat dari runtuhnya
Akan dijaga ikatan ini sehingga akhir hayat.

p/s: When heart say no, don't push them... But when heart say yes, no one can influent them...

read more~

Wednesday, May 18, 2011

Mimpi Semalam~

Posted by YaNa at 3:10 PM 0 comments
Salam...

Bermula dengan mimpi-mimpi indah
Janji-janji manis kau taburkan
Kata-kata manis membuat aku terleka & percaya
Hingga aku sangka kau yang terawal & terakhir...

Tetapi...
Mana janji-janji mu
Hidup aku kau permainkan
Hidup aku kau taruhkan
Sehingga ia telah menjadi mimpi semalam...

Seperti aku tersedar dari lena
Buaian kata-kata & janji-janji mu
Yang ternyata semuanya dusta

Alhamdulillah kerana aku telah diberi petunjuk
Semoga Yang Maha Esa menguatkan semangat ku
Memberi aku ketabahan untuk melalui hari-hari yang sukar ini
Segala persoalan akan terjawab apabila semua telah ditakdirkan

Buat mu Yang Teristimewa
Akan ku  beri jawapan setelah persoalan diminda terjawab
Setelah hati ku menerima
Dan setelah diizinkan & diredhai oleh Yang Maha Kuasa...

read more~

Saturday, May 14, 2011

Ujian Allah S.W.T

Posted by YaNa at 11:29 PM 0 comments
Salam...

Kita sebagai hamba yang lemah dan sentiasa tidak mengikut jalan yang betul... Benarlah kata2 seorang kawan, kita hanya akan menunduk kepada Allah swt apabila kita dalam kesusahan. Tetapi kenapa perlu mensyirikkan Allah jika benar kita dalam kesusahan @ kesulitan. Sepatutnya hanya kepada dia kita memohon... Astagfirullah... Seorang ustazah telah berkata kepada saya, kita hanya akan mendapat berkat, keredhaan & kebahagian apabila suci hati kita dari sebarang kekotoran. Hanya kepada Allah sahaja. Hanya dengan izin Allah sahaja. Jika kita masih menggunakan cara kotor, kenapa meminta pertolongan & berdoa siang malam kepadanya???

Jodoh & ajal di tangan Allah swt... Ingat lah bahawa manusia di muka bumi ini dijadikan berpasang-pasangan. Apabila Allah menetapkan, tiada siapa boleh mengubah melainkan dari pertolongan Syaitan. Saya amat bersyukur kerana telah diberi petunjuk & keredhaan di dalam setiap ujianNya... Semoga ujian ini dapat dilalui dengan lebih tabah, semangat & sentiasa dijalanNya. :)))

Kepada yang berkenaan, hentikan lah niat kamu itu. Saya akan redha apa yang berlaku sebelum ini. Jangan la kamu ganggu kehidupan kami. Jodoh di tangan Tuhan. Mencintailah kerana Allah bukan kerana Nafsu. Insyallah akan ketemu yang terbaik untuk kamu. Maaf keterlanjuran ini. Kerana seorang ustazah telah memberitahu niatmu dengan izin Allah saya mengetahuinya. Hijrah kamu bukan dari segi fizikal semata-mata. Hijrah la kamu dari hati & perasaan kamu. Saya doakan apa yang kamu lakukan ini kepada kami diberi setimpal dengan apa yang kamu lakukan.

p/s: What comes around goes around... Di masa penghujung Dunia ini, balasan diberi terus menerus dari Allah swt untuk menunjukkan manusia yang sesat.

read more~

Saturday, May 07, 2011

Tidak Boleh Berkata-kata~

Posted by YaNa at 9:42 AM 0 comments
Salam...

Sekarang saya di dalam kereta menunggu en. Suami mandi ais. Biasanya setiap kali selepas game satu team akan mandi ais untuk refreshment. Alhamdulillah semalam Team USM FC menang 2-1 dengan Johor. Gol dijaringkan oleh Thina & en. Suami... :)))

Semua mengatakan itu adalah jaringan untuk hadiah perkahwinan dari suami saya untuk saya... Saya sangat gembira. :)))

Walau apa pun yang berlaku, saya tetap akan menyokong en. suami. Bila sudah menjadi seorang isteri, perasaan itu sudah berlainan dari yang dahulu. Semuanya berubah secara automatik mengikut keperluan, tanggungjawab & hati. Semuanya sukar digambarkan. Saya sangat bersyukur dengan semua ini. Semoga rezeki & kebahgiaan kami bertambah dari hari ke hari. Alhamdulillah...

Sepanjang saya bercuti di Pulau Pinang, banyak aktiviti telah dilakukan dan sangat sibuk. hihi... Cerita ini akan diceritakan kemudian okay... :)

p/s: Life is beautiful... Loving2 forever & ever~ ^____^

read more~
 

Life Is Beautiful Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting