Thursday, September 29, 2011

Pengalaman Di Bulan Ramadhan Tahun Ini

Posted by YaNa at 8:49 AM
Salam...

Terlalu lama saya tidak menjengah ke blog kesayangan ni... Hmm... Agak sibuk mungkin untuk update. Hari ini tiba2 terasa untuk menulis.

Bulan Ramadhan tahun ini adalah yang paling sukar pernah saya rasakan. Tapi alhamdulillah masih boleh menjalani ibadah puasa. Walaupun ada tinggal puasa selama 4 hari kerana kesulitan untuk meneruskan puasa.

Masa di bulan puasa baru ini, setiap kali saya makan saya akan muntah. Tak sampai 5 minit makanan yang dimakan itu semua akan dimuntahkan kembali. Sangat2 teruk... Saya juga mengalami demam di malam hari. Setiap malam badan saya berasa sangat panas.

Sekarang keadaan lebih baik. Cuma demam sahaja yang masih lagi berlarutan. Tetapi perlu dikuatkan juga badan. Kalau tidak memang apa pun saya tak boleh buat kerana keadaan badan yang lemah.

Sebenarnya simtom2 yang saya alami ini adalah kerana saya sedang mengandung. ^__^
Sekarang saya sudah berada di peringkat 16 minggu @ 4 bulan. Alhamdullilah kerana dikurniakan rezeki awal. Saya sangat2 bersyukur... Saya akan menjaganya dengan sepenuh hati saya & penuh kasih sayang. Semoga anak yang dilahirkan cukup sifat & menjadi anak yang baik, soleh @ solehah kelak.

P/s: perut masih lagi belum berapa nampak. Tetapi keadaan fizikal saya sedikit sebanyak sudah berubah. Lebih chubby dari dulu. ^_*

Read more~

0 comments:

 

Life Is Beautiful Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting