Thursday, September 29, 2011

Pengalaman Di Bulan Ramadhan Tahun Ini

Posted by YaNa at 8:49 AM 0 comments
Salam...

Terlalu lama saya tidak menjengah ke blog kesayangan ni... Hmm... Agak sibuk mungkin untuk update. Hari ini tiba2 terasa untuk menulis.

Bulan Ramadhan tahun ini adalah yang paling sukar pernah saya rasakan. Tapi alhamdulillah masih boleh menjalani ibadah puasa. Walaupun ada tinggal puasa selama 4 hari kerana kesulitan untuk meneruskan puasa.

Masa di bulan puasa baru ini, setiap kali saya makan saya akan muntah. Tak sampai 5 minit makanan yang dimakan itu semua akan dimuntahkan kembali. Sangat2 teruk... Saya juga mengalami demam di malam hari. Setiap malam badan saya berasa sangat panas.

Sekarang keadaan lebih baik. Cuma demam sahaja yang masih lagi berlarutan. Tetapi perlu dikuatkan juga badan. Kalau tidak memang apa pun saya tak boleh buat kerana keadaan badan yang lemah.

Sebenarnya simtom2 yang saya alami ini adalah kerana saya sedang mengandung. ^__^
Sekarang saya sudah berada di peringkat 16 minggu @ 4 bulan. Alhamdullilah kerana dikurniakan rezeki awal. Saya sangat2 bersyukur... Saya akan menjaganya dengan sepenuh hati saya & penuh kasih sayang. Semoga anak yang dilahirkan cukup sifat & menjadi anak yang baik, soleh @ solehah kelak.

P/s: perut masih lagi belum berapa nampak. Tetapi keadaan fizikal saya sedikit sebanyak sudah berubah. Lebih chubby dari dulu. ^_*

Read more~

Sunday, July 31, 2011

Yeyy Esok Puasa!!!

Posted by YaNa at 8:21 PM 0 comments
Salam...

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan & Selamat Berpuasa Kepada Families & Kawan-kawan...
Semoga Ramadhan Kali Ini Lebih Meriah, Mendapat Keberkatan & Sentiasa Dalam LindunganNya... Amin...


P/s: Kali ni berpuasa bersama suami & keluarga baru. Semoga ayahanda tercinta cepat sembuh & dapat menunaikan ibadah puasa. Semoga ibunda tercinta lebih sihat untuk menjalani ibadah puasa. Amin... :)

Read more~

Wednesday, July 27, 2011

Just love it... ^_^

Posted by YaNa at 5:56 PM 0 comments
Salam...

"The price of anything is the amount of life you exchange for it"
-Henry David Thoreau-

P/s: What you give, you get back. ^___^

Read more~

Friday, July 15, 2011

Baru Rasa Sihat~

Posted by YaNa at 10:19 AM 0 comments
Salam...

Minggu ini adalah minggu yang tidak sihat.. Pening+selsema+lemah badan...
Hari ini lebih rasa sihat. Mungkin sudah start minum susu pagi & malam. Tq abang belikan susu untuk syg.~ ^_^

Read more~

Wednesday, July 13, 2011

For Hubby & My Families: Its Happy News For You~

Posted by YaNa at 1:57 PM 0 comments
Salam...

Masa,
Masa yang menentukan,
Penantian yang agak lama,
Tetapi sangat berbaloi untuk dinantikan.

Hasil,
Penantian akan berakhir,
Semoga semuanya berjalan lancar,
Semoga semakin dimurahkan rezeki. Amin.


P/s: Hopefully everythings will be okay, in plan, more healthy & more money. Insyallah... ^_^
Thanks to my hubby coz take care me so much. I love u. "We" love u. :)

Monday, July 04, 2011

Seminggu~

Posted by YaNa at 8:58 AM 0 comments
Salam...

Seminggu lepas yang sangat sibuk dan memenatkan. Tetapi sangat berbaloi... Hihi...

Hari isnin : Lapor diri ke Kementerian Dalam Negeri. Sangat lama untuk mendapatkan satu surat. Fuhh.. Dari pukul 10pagi hingga 5.10ptg. My family & hubby yang sgt2 sabar menunggu.

Hari selasa : Lapor diri ke Bukit Aman. Kali ini saya hanya pergi bersama suami. Mak & abah sudah bekerja. Mujur tidak tunggu lama mcm smlm. Selesai saja tengahari, kami terus gerak balik Penang. Yippy... ~

Hari rabu : Lapor diri ke IPK dan IPD Timur Laut. Selesai lapor diri saya mintak pelepasan utk hari tu. Hehe balik rumah apa lagi, rehat & zzzzz.... Hihi... Kesian en. Suami terpaksa kerja.

Hari khamis & jumaat : Sudah mula kerja la... Mana boleh curi tulang lagi. Kali ni saya kerja di kaunter kutip saman. Kira buat hasil la. Sblm ni tak pernah kutip hasil lg. Harap dapat menyesuaikan diri nanti. Hihi... Kawan2 di sini sangat peramah. ^_^

Hari sabtu : Berehat di rumah tok sambil menunggu suami mengecat. Hehe... Malam kami tengok wayang cerita Green Lantern sebab tiket Tranformers sold out. Sob sob sob...

Hari ahad: hanya lepak di rmh mak di BJ. Selamat harijadi Muaz.. ~

P/s: hihi first time update blog guna iphone. Hihi sebab tu kelam kabut sket ayat. :p
 

Life Is Beautiful Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting