Wednesday, February 15, 2012

8 Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah~

Posted by YaNa at 6:18 PM 0 comments
Salam...

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

Read more~

Sunday, February 12, 2012

Muhasabah Diri~

Posted by YaNa at 11:45 PM 0 comments
Salam...


" Segala yang berlaku ke atas diri, penerimaan orang lain & kata2 dari orang lain adalah mengambarkan diri kita. Bukan semua orang boleh menyukai kita seadanya... Tapi perlukah kita terima? Jadikannya sebagai positif untuk memperbaiki diri, bukan merasakan diri kita itu benar & fikirkan semula untuk perbaiki hubungan dengan orang lain."

" Sekiranya Allah menguji kita, hendaklah kita berfikir dimana silapnya kita & apakah perkara yang perlu kita betulkan. Kerana dengan ujian itu kita akan tahu & perolehi kebaikkan. Minta maaf & insaflah dengan kesalahan yang telah kita perbuat. Insyallah banyak kebaikkan akan timbul kelak."

Read more~
 

Life Is Beautiful Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting