Showing posts with label Babling. Show all posts
Showing posts with label Babling. Show all posts

Sunday, January 15, 2012

~Hari Minggu~

Posted by YaNa at 1:19 PM 0 comments
Salam...

14.01.2012...

Wahh arini dpt rehat yang cukup sebab tak kemana pun. Tapi rehat-rehat pun ade tugas bagi saya yang dh berumahtangga ni. Hehe biasa la.. Seperti wanita-wanita lain juga. Pagi tadi saya mula dengan breakfast seorang diri kerana en. Suami masih belum mahu bangun tidur. Hehe tak ape lah. Saya kasi chance kali ini. Selesai breakfast, siapkan2 bahan untuk makan tengahari. Selesai sahaja, mula mengemas rumah, sapu sampah & mop rumah. Tapi kali ni en. Suami terpaksa membantu sebab saya tak larat nak angkat barang2 berat. Huhu... Dan akhirnya en. Suami la yang mengemop. Ermm bagus2.. :P

Sementara en. Suami mengemop di ruang tamu & bilik, saya pun mula memasak. Hari ini ringkas saja menu... Spagetti & sirap laici. Sebab semalam ke Tesco, apa yang saya nak beli habis diborong oleh Cina. Nak Gongsi Fa Cai la katakan.. Hehe...

Selesai semua tugas, saya & en. Suami pun bersantap. En. Suami cakap sedap. Hihihi sukeeeee sangatttt.... Baby di dalam perut pun bergerak kuat apabila sesudah makan. Anak mama suka ehh!! ^__^ Lepas ini masih tinggal untuk basuh kain & gosok baju kerja. Petang mahu teman en. Suami training kalau larat. Ok lah.. Merepek je dah ni. Daa~

P/s: Life must go on with the happy things + bad things. Its our choice. You decide it, you feel it. Semuanya ada hikmah yang tersembunyi untuk menjadi manusia yang berfikir waras & menjadi lebih baik. ^___^

Read more~

Monday, December 19, 2011

Wahai Perempuan~

Posted by YaNa at 6:24 PM 0 comments
Salam...

Lots of unexpected things comes around. But remember, what comes around goes around. Only Allah will know the truth. I will always pray that the wrong things will show up in front of me. So i can be more thankful to Allah.. ^_^

"Perempuan... Jika kau betul, angkat la al-quran & berjanji kau tidak melakukan. Hanya kerana kata-kata orang mungkin tidak percaya.

Perempuan... Jika ingin bertaubat jangan sekadar luaran. Kerana ia tidak akan selari dengan perbuatan."

"Adik sepupu berkata kpd maknya. "Ppuan yg baik mesti pakai tudung sampai ke pusat. Ustazah yg ckp." hehe bdk kecik pun fahamkn. Kite yg dewasa?? Agak malu jgk la bile dgr. Kedudukan pun skrg kite xjage bg yg bukan muhrim msti 3 hasta kn???"

"wahai perempuan... Jika lelaki selalu mengambil kesempatan, mengapa bukan kita sahaja menjarakkan ruang. Menuding jari kepada lelaki tidak akan melihatkan kita mulia. Tetapi sebaliknya kita nampak lebih teruk dari itu disebabkan kita perempuan."


P/s: arini, hanya ini yang saya muhasabah diri. Semoga menjadi insan yang lebih baik & matang. Jaga pertuturan kerana setiap pertuturan akan menjadi racun @ manisan.

Read more~

Wednesday, November 09, 2011

Think Deeply~

Posted by YaNa at 10:02 AM 0 comments
Salam...

"Ingatlah wahai manusia, jika kita berbuat buruk kepada yang lain, yang lain itu mampu berbuat lebih buruk kepadanya."

P/s: ingat2 lah wahai manusia lain. Siapa yg buat jahat ngn saya, saya pun mampu buat jahat kpd anda juga. Cuma saya bukan jenis jahat, syirik @ tukang sihir. Hahaha... Iman lebih penting dipelihara okay... ^_*

Read more~

Thursday, November 03, 2011

Bercuti Di Pahang~

Posted by YaNa at 6:29 PM 0 comments
Salam...

^_________^... Sangat seronok dapat balik Pahang lama. Saya dan en. Suami balik ke Pahang selama 4 hari. Kami gerak dari Penang 26hb Oct malam dengan train. Hukhuk sebab tiket bas kehabisan. Sampai KL kami naik bas ke Temerloh... Travel yang tak boleh dilupakan. Hihi... Walaupun penat sangat2 tp happy. :)))

Sampai di rumah, mak & abah melayan saya macam puteri. Hehe sebab dah lama tak balik. Hmm lebih kurang sebulan setengah. Rindu sangat2 pada mak & abah. Adik saya walaupun tiada cuti balik juga pada hari jumaat. Kebetulan dia offday hari tu. Sudah gemok sangat dia... Bulat cam belon. Hikhikhik... Kami balik hari tu sempena cousin saya mahu akad nikah. Majlisnya bulan 12 nanti. Dan sempat juga la saya buatkan gubahan hantaran adik saya yang akan bertunang pada bulan Januari tahun hadapan. Insyallah... ^__^

Hari raya haji ini pun kami akan pulang sekali lagi ke Temerloh. Kali ini menaiki kereta. Kami akan bertolak sabtu pagi. Baju raya pun tak ada. Hukhuk... Saya sudah gemuk. Tak boleh pakai baju kurung yang ada. Usia kandungan saya sudah masuk 21 minggu. Half way to go... Wahh tak sabar nk tunggu kelahiran cahaya mata kami. Hehe jantina akan diberitahu kemudian.Surprise... So raya ni pakai baju lama aje la... Sob sob sob...

P/s: syukur padaMu yang telah memberikan kebahagian kepadaku. Semoga kebahagian ini kekal hingga akhir hayat & sentiasa dilindungi daripada syaitan & iblis. Menjadi seorang Ibu adalah anugerah terindah Kau berikan. Alhamdulillah...
Walaupun setiap malam si baby menendang2 di dalam perut saya, tetapi saya masih boleh tidur. ^_*... Mama doakan baby & papa sentiasa sihat & dilindungi. I luv them so much...

Read more~

Monday, July 04, 2011

Seminggu~

Posted by YaNa at 8:58 AM 0 comments
Salam...

Seminggu lepas yang sangat sibuk dan memenatkan. Tetapi sangat berbaloi... Hihi...

Hari isnin : Lapor diri ke Kementerian Dalam Negeri. Sangat lama untuk mendapatkan satu surat. Fuhh.. Dari pukul 10pagi hingga 5.10ptg. My family & hubby yang sgt2 sabar menunggu.

Hari selasa : Lapor diri ke Bukit Aman. Kali ini saya hanya pergi bersama suami. Mak & abah sudah bekerja. Mujur tidak tunggu lama mcm smlm. Selesai saja tengahari, kami terus gerak balik Penang. Yippy... ~

Hari rabu : Lapor diri ke IPK dan IPD Timur Laut. Selesai lapor diri saya mintak pelepasan utk hari tu. Hehe balik rumah apa lagi, rehat & zzzzz.... Hihi... Kesian en. Suami terpaksa kerja.

Hari khamis & jumaat : Sudah mula kerja la... Mana boleh curi tulang lagi. Kali ni saya kerja di kaunter kutip saman. Kira buat hasil la. Sblm ni tak pernah kutip hasil lg. Harap dapat menyesuaikan diri nanti. Hihi... Kawan2 di sini sangat peramah. ^_^

Hari sabtu : Berehat di rumah tok sambil menunggu suami mengecat. Hehe... Malam kami tengok wayang cerita Green Lantern sebab tiket Tranformers sold out. Sob sob sob...

Hari ahad: hanya lepak di rmh mak di BJ. Selamat harijadi Muaz.. ~

P/s: hihi first time update blog guna iphone. Hihi sebab tu kelam kabut sket ayat. :p

Monday, May 30, 2011

Adoii~

Posted by YaNa at 10:17 AM 0 comments
Salam...

Every single words from my mouth @ every single words i wrote, i noted that some of people that doesn't like me feel i'm talking about them. Why???

Perlu ke saya ceritakan apa yang saya bincang @ bercerita dengan orang lain dengan mereka? Perlu ke? Thats my privacies... Tak perlu "sound2". FB sendri pun dah jadi bukan hak sendiri. Ape ni? Tak faham betul. Kalau tanya elok2 dengan kita sendiri tak apa la.

p/s: Please don't intefere on others things that u don't know. & please don't misunderstand if i don't mention ur name on my words cause u don't know anythings about me.

For my hubby: Tq for everythings for the such wonderful present & care these 3 days... ^____^

Sunday, April 24, 2011

Sedih Bila Kita Tidak Dianggap Yang Sebenarnya~

Posted by YaNa at 12:31 PM 0 comments
Salam...

"Immature love says: 'I love you because I need you.' Mature love says 'I need you because I love you.' "

p/s: what was this two words? :)))

read more~

Friday, April 08, 2011

Bergaduh Besar~

Posted by YaNa at 10:21 AM 2 comments
Salam...

Wah... Macam gempak je tajuk ni. hihi... Actually i had a big fight with my officemate. And i'm still confuse about this...

"‎:: semangat baru... Wahai org2 bekerja... Kita dibayar gaji utk bekerja. Igtlah gaji itu dibayar utk kite bekerja. Kalo lbh byk bersenang kire cmane gaji itu eh??? Berkat @ x? hehe..."


Hmm post ini la yang menyebabkan kami bergaduh. I dont know why... But i trying to understand it. Ceritanya mcmni.... bla...bla...bla...bla.................................................................................................................................

Ha mcm tu la ceritanya... Kire conclusion nya... Terasa hati sebab post ini. Die ingat saya mengata dia. Sedangkan saya tidak mengata sesiapa. Saya bukan la jahat sangat & busuk hati sgt. Post itu adalah azam baru saya sempena birthday saya yang ke-26 pada 05.04.2011 lalu...

Azam baru saya :-
1. Ingin menjadi seorang isteri yang baik kepada suami nanti. Insyallah
2. Ingin memenuhi tuntutan agama sebaik2nya. Insyallah
3. Ingin menjaga prestasi kerja & menjadi pekerja yang lebih berdedikasi. Insyallah
4. Dan andai kata diberikan zuriat, akan menjadi ibu yang baik serta boleh membentuk anak2. Insyallah.. Amin...

Perlu ke saya memberitahu dia semua yang saya ingin lakukan dalam hidup saya? Cuma saya tidak suka cara dia yang suka melenting tak pasal2 & suka anggap bukan2 before tahu perkara yang sebenar. Sebelum ini saya berdiam terasa hati kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Sangat terasa hati... Kawan yang kita anggap boleh menjadi kawan baik tetapi boleh buat kepada saya sampai mcmtu skali.

Maaf.. Saya tak pernah anggap diri saya ni perfect. Tetapi apa salah jika saya cuba mengalihkan diri ke arah itu supaya menjadi lebih baik dari yang sebelumnya.. Salah ke??? Kenapa mesti nak mengata saya menunjuk2 & mengikut apa yang dia buat. Thats not me okay... hehe... I have my own dreams & visions thats had nothings to do with anyone. Please dont be jelous & always think people always want to be like u. U are not perfect either.

Saya pun bukan suka nak ikut2 orang. Saya lebih suka buat apa yang saya rasa nak buat. Saya akan usaha sendiri untuk diri saya. Saya tidak mengata pasal dia depan semua orang pun.. Tetapi saya rasa la... dia yang mengata saya. Jikat tidak, takkan dia akan post di Facebook macam2 untuk mengata saya. Tak apa la... Dia nak anggap saya apa sekali pun. Yang penting saya tau saya macmana & orang2 yang kenali saya mcmana. Saya tak mahu tahu apa yang die nk katakan pada saya & fikir pasal saya serta anggapan dia pasal saya. Jika dia rasa dia betul its fine for me. Saya no komen. :)

Dia tak tahu apa2 pasal saya, dia takde hak nak kata saya macam2.

Ok. Sampai di sini dulu...

p/s: Semoga satu lagi azam baru saya semalam boleh diatasi & dipenuhi. ^_^

read more~

Friday, March 04, 2011

March Is The Month...

Posted by YaNa at 12:17 PM 0 comments
Salam...

Lama tak update. Sungguh malas & busy dgn hal2 lain.. Walau bagaimanapun akan cuba untuk m'update. hihi...

Bln March ni pun byk aktiviti. Dengan office nye aktiviti lg. Smlm sudah miss utk attend BBQ office di Pantai Balok. Sgt penat dgn kerja. Hari ni tak brape busy plak sbb sistem sudah tutup buat sementara. For March :-

1. 5-6hb Mac = Kenduri Adawiyah di Tersang,Raub & Jln2. (Selamat Pengantin Baru Ada.. )

2. 7-8hb Mac = Ke ibu pejabat KL untuk taklimat GPIS.

3. 12-14hb Mac = Blk Temerloh. Cuti... Yahoo... =p

4. Next xtau lg. Hihi takde plan. Nt akan di update kemudian.

Sekarang busy menjahit manik di baju nikah. Haha buat2 rajin. Sgt lembab sbb tak pandai nk menjahit. Sampai disini dlu.. :)

p/s: A lot of things in my minds. Some of them have to think deeply coz it remains different for the future. Semoga Allah mempermudahkan hari2 saya dimasa hadapan. :)

read more~

Tuesday, January 25, 2011

Wedding Check List~

Posted by YaNa at 8:40 PM 0 comments
Salam...

Hihi sj nk kongsi ngn kawan2. Mane la tau kalau ade yg terkurang ada yg blh tlg ingatkan... :)
Tema adalah yellow+white+red

  1. Barang2 hantaran = alhamdulillah semua beres. Cume 1 brg lg utk en. Tunang blum beli. sb kene tunggu bulan 3. Gubahan OTW. Sedang berusaha menyiapkan sikit2 skrg. (senarainye rahsia. tunggu kluar pic hantaran jela... =p)
  2. Kad kawen & banting = OTW. Dh siap design. Tunggu siap.
  3. Pelamin,baju sanding, gaun potong kek & makeup = settle ditempah & sewa. Cuma baju sanding still OTW. Butik wt baju baru. :)
  4. Fotographer = settle.
  5. Bilik (cadar, langsir, tirai katil, karpet, bunga & hiasan lain2) = dh beli. Tinggal bunga tirai xgubah lg. Dlm bilik saya decorate sendri je. Owh set katil telah dibeli.
  6. Akad Nikah (baju, vail, tudung & kasut) = dh beli. Baju OTW dr tailor. Bln 2 ni insyallah siap. huhu xsbr~
  7. Door gift = utk 700 guest (paper bag, bunga telur & candy my mum settlekn). Utk special guest 150 (paper bag, bunga telur & candy almost settle). Dlm paper bag tu rahsia. =p
  8. Pahar (100 bunga telur) = settle.
  9. Makanan & khemah pengantin = settle.
  10. Catering = my mum & dad will settle.
  11. Present 4 new family = only a few still not found. hukhukhuk~ cmane ni...
  12. Last kot... = small things on da list to buy next coming PayDay. hihihi

p/s: benda2 ini telah membuatkan muka saya berjerawat sbb stress. Tp xpe. sedang usaha baiki rupa supaya lebih ok di waktu majlis. Amalkan spirulina, EPA & Vitamin C. Igt nanti nk gi SPA. sudah lama tak buat. Selalu wt sendri. Tp skrg tiada masa. =p Facial buat sendri. Sb bahagian muka sgt sensitif bagi jenama2 lain yg tidak biasa. Igt mahu tukar produk muka. Dari The Face Shop. Mcm elok je. Lgpun dh pakai mask die okey je. Will see~

read more~

Tuesday, January 18, 2011

FB mahu ditutup???

Posted by YaNa at 10:23 AM 0 comments
Salam...

Berkenaan soalan di atas... Hmm... Hmm... Ada pron & contra. Ada baik & tak baiknya...

Ok fikir sejenak apa kebaikkan yang anda dapat & keburukan yang anda dpt. :)

Tetapi ape yang difikirkan, ditimbang2 & kesan yang Mark Zuckerberg renung sehingga ingin menutup "Social Network" nombor 1 dunia ini???

Adakah disebabkan byk kes yang melibatkan salah laku kakitangan awam & swasta, kelekaan suri rumah dlm mengendali rumahtangga, penipuan @ kurangnya orang2 utk aktiviti lebih sihat? Asyik duduk shj kn melayari Facebook. No good. hihihi

So, decision is on Mark Zuckerberg. Harap apa yang berlaku selepas ini adalah yang terbaik utk semua org. Insyallah... :)

p/s: actually, saya pun tak brape suke FB. Tp oleh kerana ia boleh m'hubungkan saya dgn kwn2.. So, saya gune la. hikhikhik... Use it wisely okayyy.... ^_^

read more~

Monday, January 17, 2011

Mulut Jahat~

Posted by YaNa at 12:32 PM 0 comments
Salam...

Manusia ni ada mcm2 perangai. Tetapi sesetghnya bila xpuas hati ngan org memang leh jadi MULUT JAHAT la... Cam saya kdg2 cmtu. =p

Kdg2 tu bila kita baik ngan org tapi org perlakukan kita mcm2. Sabar tetap sabar. Sampai masa jd tak sabar juga. Kiranya saya ni still ada sikap sabar jugak la... hihi...

Insyallah saya akan perbaiki dari semasa ke semasa... Amin... Doa2kan la... :)

But certain org ni memang saya rase takkan puas hati tak tau la sampai bila. huhu ssh2...

Cth mulut jahat saya... TAKDE APE NK POST SAMPAI MAKAN MAGGI PUN JD ENTRYY.... hahaha...

p/s: ooppss... Hanya nk ekspresi mulut jahat je ni... Better now. Sorryyy..... Jgn ikut okay perangai ni. Will remove dis attitudes soon...

read more~

Wednesday, December 01, 2010

Bukan Musuh Tetapi Pendengki

Posted by YaNa at 1:46 PM 0 comments
Salam...

Alhamdulillah hari ini saya masih lagi di bumi yang nyata. Diharapkan dan berdoa agar saya dikuatkan iman & diberi petunjuk sebaik2 jalan-Nya. Insyallah...

Saya manusia biasa yang tidak t'lepas dari membuat kesilapan. Tetapi perlu ke menyimpan hasad dengki kepada orang??? Saya akui yang saya seorg yang pendedam jika sudah tidak berkenan dihati. Tetapi tidak bermaksud saya rendah moralnya untuk membalas dendam kepada org yang membuat kesilapan kepada saya hanya sekali. Itu tidak adil kepada org itu. Tetapi had kesabaran saya juga ada batasnya. "Jika diikutkan rasa binasa,jika ikutkan hati mati".

Alhamdulillah selama ini saya telah dianugerakan tahap kesabaran yang baik. Supaya saya tidak mengikut nafsu yang "9" itu. Apa yang saya hendak ceritakan di sini bukan la pasal kebaikkan saya @ ingin mengangkat bakul. Saya tau saya tidak sebaik itu & sesempurna yang lain. Tetapi tidak salah jika saya cuba mendekatkan diri kearah kesempurnaan. Itulah sebenarnya matlamat hidup kita sebagai Khalifah dimuka bumi Allah ini. :)

Pada 8 November 2010, seseorg telah komen ke atas satu post saya di blog kesayanagan saya ini. Komen nya berbunyi "cam bodoh je betina ni". Komen itu telah saya delete atas alasan blog ini hanya utk kegembiraan saya dan komen itu telah mengguris hati saya. Orang yang telah komen itu hanya menggunakan "Anonymous" sebagai pengganti dirinya.

Jika saya tahu siapakah gerangan si penulis, saya ingin bertanya... Awak siapa ingin komen saya begitu rupa? Adakan saya telah mengganggu kehidupan kamu? Adakah saya telah mengacau BF,Tunang @ Suami kamu? Atau kamu ini hanya seorg pengikut kawan yang setia @ bagi pihak kawan untuk membenci saya? Jika benar tidak puas hati, bgtau dgn terus terang. Tidak perlu seperti seekor monyet yang "lempar batu, sorok tangan". Maaf. Saya tidak tahu siapa kamu. Jadi saya menggelarkan kamu MONYET.

Pesanan untuk si MONYET: Jika tidak suka blog saya, kamu tidak perlu mengintai2 isi blog saya. Just go straight to the dustbin coz person like u is a rubbish. Jika seseorg itu cerdik akalnya, die tidak akan mengatakan org lain bodoh. Melainkan die adalah "Lebih Bodoh".

Syukur kerana Allah telah membuka mata & hati saya supaya cuba menjadi seorg yang lebih baik. Walaupun tidak sebaik org2 lain. :)

read more~

Wednesday, September 22, 2010

Today... Its Better Now

Posted by YaNa at 11:49 AM 0 comments
Salam...

After i made discussion yesterday... Its more better now. About my problems, i know how to solve it. As fast as i can. But i need to ready 4 everything & responsible the risks. N i need time to be ready. ^_^

To En. Tunang:- I'm apologize for all my mistake that i had to you & thank u 4 support me all the time. Actually i'm very lucky to have u as my partner & as my future husband. Insyallah i will keep my words that i've told u last night. And i hope u too. Thank u 4 loving me with all ur heart. I love u too. ^_^

Owh ya, i'm going to Langkawi at 8-10 dis Oct. So, me & En. Tunang plan utk berjumpa. Sama ada dia dtg Kuantan @ aku yang ke Penang. Which one???


read more~

Monday, September 20, 2010

Dugaan

Posted by YaNa at 12:16 PM 0 comments
Salam...

1st of all... Selamat Hari Raya kpd semua kawan2. Dan saya mintak maaf sbb tahun ni tdk dpt b'kunjung ke rmh kwn2. Keadaan saya yg tdk mengizinkan. hehe... Insyallah thn dpn saya akan dtg. Sbb dh ade driver (my hubby)... hehe...

Arini masuk keje pun dlm kedaan yg still batuk2 & selsema. Xsuke... Rasa letih sgt. Walaupun hanya duduk. Dh lama xdemam. Tu sbb bile demam dpt teruk cmni. Syukur... Mudah2an demam ni m'buang sedikit sebyk dosa2 kecil. Itu tandanya saya org yg normal... :)

Owh ya... Pasal dugaan. Kalau nk diceritakan dugaan yang aku terima selama 25 thn ini, thn ini la (thn 2010) yang paling hebat. T'lalu byk dugaan yg melukakan hati. Dan sehingga ke tarikh 20/09/2010 ini aku still dpt b'sbr. Jika ikutkan hati sudah lama byk perkara aku bazirkan. Aku harap kesabaran aku ini masih lagi teguh sehingga semuanya b'akhir. Tetapi bila?

Semalam aku terima satu lg dugaan. Org kata dugaan dalam alam pertunangan memang hebat. Tp aku adalah mangsa. Di mana salahnya aku ini? Sehingga ada yang sanggup melukakan hati aku. Aku xpernah kacau org. Aku xpernah sesuka hati nk sakitkan hati org. Dan aku xpernah dahulukan hati aku sblm org lain. Tapi mungkin ini balasan kepada aku yang t'lalu berlembut hati & t'lalu baik hati & percayakan org lain. Mungkin dugaan ini semua ingin membuka mata aku untuk lebih menjaga diri aku sendiri drp memikirkan keperluan org lain dahulu. I'm being selfish now. Ya, thats right. No one can stop me.

Selepas ini aku akan cari semula semua org yg telah sakitkan hati aku. Biar org nk ckp ape pun. Aku dh xpeduli. Because only that way, org akan buka mata. Its not so easy to step on my head anymore. Aku nk settlekan dgn org2 ini sampai aku puas hati.

Ok la, pic raya aku xtransfer lg dlm laptop. So xblh nk upload. Hehe... :)

p/s: get ready my wedding plan story...

read more~

Tuesday, September 14, 2010

Serius Aku Demam Raya...

Posted by YaNa at 2:05 PM 0 comments
Salam...

Sedihnya arini aku xdpt masuk ofis sbb demam. Tolak lg cuti aku yg tinggal bakinya xbyk tu... hukhukhuk... Aku mls nk ke klinik sb xlarat nk keluar rumah. Mujur aku ada lagi ubat demam yang baru aku ambik aritu kt klinik. Aku makan ubat tu je la... Ni rase dh sehat sket mula la gatal on internet... hehe... Owh... Aku xmkn ubat lg ni... Hmm xpe jap lg aku mkn ubat. Memang byk yg aku nk ceritakan sbnrnya tp oleh kerana badan yg tdk berapa sehat,aku postpone dlu la cerita aku tu... Ok next entry aku akan cerita panjang2... Seronok... :) Daa~

read more~

Wednesday, August 25, 2010

Rambut Ku

Posted by YaNa at 8:12 AM 0 comments

Salam...




Haha... rambut aku lebih kurang panjang ni la. Tp xsecantik die nih...

Sempena nk raya ni aku nk gi outer rambut aku sampai jd cmni lah. =p ^___^

p/s: harap2 blh la... xmo gunting pendek lg. tunggu lps hari bahagia nt. ♥

read more~

Wednesday, August 11, 2010

So Yesterday.... That make me smile. :)

Posted by YaNa at 7:57 AM 0 comments
Hye...

Hari Pertama berpuasa... Hmm harap2 tiada gangguan nafsu yang dahagakan air. hikhikhik...

Actually aku nk crite pasal semalam. Semalam memang byk keje kt ofis. Aku xde masa sgt nk berbelog & FB. Balik pun lewat sket dlm kul 6 lbh. Balik sampai rmh mcm biasa la,aku mesti tgk tv. Semalam last episod "Benci Bilang Cinta". Tp ending xbest pun... Lps abes crite tu baru aku mandi & buat ape yg patut. hehe...

Dlm kul 8 lbh aku tunggu pengumuman puasa. Alhamdulillah akhirnya puasa jgk arini. Lps azan Isyak aku ngn housemates gi Solat Terawih. Mula2 kami gi masjid yg terdekat. Bila sampai jek tgk2 dh penuh. Memang xmuat langsung untuk kami & org2 yg baru dtg. hehe... Nk buat cmane. Memang biasa la kalo mlm pertama mesti ramai berduyun.

Lps tu kami gerak ke masjid besar. Jauh sket la dari rmh. Itupun penuh jgk. Tp kami dpt ruang kt luar masjid. Jadilah dari xde. hehe... Lps solat Isyak,ade housemate aku yg xikut tefon. Die bgtau ade org mengendap kt tingkap depan rmh. Suruh kiteorg balik awal. So terawih aku smlm buat 8 je la. Alhamdulillah xde ape2. sume selamat.

Lps terawih kami msk. Msk utk mkn mlm & sahur skali. Seronok plak rase. Kami msk bendi goreng kicap & ayam masak berlada. Yummy... Lama xmkn ayam masak berlada. Mkn pun dh lewat, tido pun agak lewat la. Pagi bangun sahur kul 4.30.

Ermm tu terasa penat sket pg ni. Aduhh... Keje pun byk giler. Sabar... Dugaan bulan puasa. Tp apa2 pun aku happy walaupun agak penat. :)

p/s: pssttt... Bulan ni kene belajar zziiippp mulut. Kurus pahala puasa. hehehe

read more~

Tuesday, May 04, 2010

Hari Ini Angin Aku Naik Lg...

Posted by YaNa at 1:11 PM 0 comments
Hye...

Arini memang aku sgt geram kt salah sorg org atasan aku... Die wt keje xbetul... Slh die xnk mengaku. Cube lpskn diri die je. Bile org ckp xbetul n salah, die ckp nape dlu blh je buat... Jgn nk samekn mase dlu ngn skrg... Die igt ni ofis mak bapak die punye ke??? Kem salam sket. Kalau dh peraturan dan prosedur cmtu,ikut je la... Byk soal lak. Time aku keje kt ofis daerah, aku kene ikut prosedur... Bile aku keje kt ofis negeri baru aku tau yg die ckp xserupa bikin... Xtau tp berlagak tau. Bodoh Sombong!!! Giler sakit ati aku arini... Blh plak die ckp kt CC aku yg die xnk org nmpk die tu cm xtau ape2 n xnk nmpk bodoh la dpn2 kiteorg... Xtau ape mslh die. Kalau setiap pejabat tu same je cara keje nye xpe. Ni lain2. Jgn bwk yg buruk dtg ke ofis baru... So stupid!!! Lg satu, kalau xtau tnye la pd yg lbh senior. Xkire la org tu lbh muda @ lbh tua. Yg penting org yg lbh senior dan lbh lama keje kt ofis ni. Even aku pun aku suke b'tnye. Sb dlm wt keje kewangan ni, sebelah kaki dh ade dlm penjara. Jgn sebab die org len dan aku2 skali kene masuk penjara. Die lak lps tgn je... Benci...

read more~

Wednesday, April 28, 2010

Saya Di Tempat kerja Baru...

Posted by YaNa at 12:19 PM 0 comments
Hye...

Hampir 2 minggu aku di tempat kerja baru. Suasana sgt berlainan. Bukan tukar jabatan. Cume b'tukar dr pejabat daerah ke pejabat negeri. hehe.... Tp kt sini memang xbest. Sb org atasan yg suka sibuk keje org len... Sgt bosan... Aku xsuke sgt kalo ade org pg2 dtg m'belek keje2 aku. Mcm aku ni xreti @ zero dlm wt keje. Aku tau la keje aku. Xperlu org sibuk @ suruh2. Aku tau nk buat... Kalo aku dh abes keje, aku akan tlg yg len wt keje. Tp keje kewangan je la.... hehe... Xblh la masuk bidang len plak.

Whatever it is.... Aku memang nk mntk tukar ke jabatan len nt. Sblm ni mls nk mntk tukar sbb tunggu pengesahan jawatan. Skrg dh dpt surat pengesahan blh la aku bertukar. cari pengalaman kt jabatan len plak. Tp nk tukar ni ambik masa jgk. Sementara aku nk memohon dan tunggu permohonan diluluskan, aku bercadang nk ambik exam PTK dan KPSL dlu. Kalau ade rezeki leh naik gaji @ naik pangkat. hehe.... Insyallah... Aminn...

K la... Xblh tulis panjang2 nt ade yg menyibuk lak... hehe daa~

read more~


 

Life Is Beautiful Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting