Thursday, November 03, 2011

Bercuti Di Pahang~

Posted by YaNa at 6:29 PM
Salam...

^_________^... Sangat seronok dapat balik Pahang lama. Saya dan en. Suami balik ke Pahang selama 4 hari. Kami gerak dari Penang 26hb Oct malam dengan train. Hukhuk sebab tiket bas kehabisan. Sampai KL kami naik bas ke Temerloh... Travel yang tak boleh dilupakan. Hihi... Walaupun penat sangat2 tp happy. :)))

Sampai di rumah, mak & abah melayan saya macam puteri. Hehe sebab dah lama tak balik. Hmm lebih kurang sebulan setengah. Rindu sangat2 pada mak & abah. Adik saya walaupun tiada cuti balik juga pada hari jumaat. Kebetulan dia offday hari tu. Sudah gemok sangat dia... Bulat cam belon. Hikhikhik... Kami balik hari tu sempena cousin saya mahu akad nikah. Majlisnya bulan 12 nanti. Dan sempat juga la saya buatkan gubahan hantaran adik saya yang akan bertunang pada bulan Januari tahun hadapan. Insyallah... ^__^

Hari raya haji ini pun kami akan pulang sekali lagi ke Temerloh. Kali ini menaiki kereta. Kami akan bertolak sabtu pagi. Baju raya pun tak ada. Hukhuk... Saya sudah gemuk. Tak boleh pakai baju kurung yang ada. Usia kandungan saya sudah masuk 21 minggu. Half way to go... Wahh tak sabar nk tunggu kelahiran cahaya mata kami. Hehe jantina akan diberitahu kemudian.Surprise... So raya ni pakai baju lama aje la... Sob sob sob...

P/s: syukur padaMu yang telah memberikan kebahagian kepadaku. Semoga kebahagian ini kekal hingga akhir hayat & sentiasa dilindungi daripada syaitan & iblis. Menjadi seorang Ibu adalah anugerah terindah Kau berikan. Alhamdulillah...
Walaupun setiap malam si baby menendang2 di dalam perut saya, tetapi saya masih boleh tidur. ^_*... Mama doakan baby & papa sentiasa sihat & dilindungi. I luv them so much...

Read more~

0 comments:

 

Life Is Beautiful Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting