Friday, April 29, 2011

Tomorrow~

Posted by YaNa at 10:39 AM 0 comments
Salam...

Esok saya akan bermula bercuti... Saya akan bercuti dari 30hb April hinggalah 8hb Mei... hihi ^___^
Sgt happy. Kerana rindu pada suami yang terpaksa berjauhan selama 10 hari ni.. hukhukhuk...
Kali ini mengambil cuti yang lama kerana pada 1hb Mei adalah majlis meyambut menantu sebelah suami pula. Sangat excited kali ini... Dapat bercuti lama untuk menghabiskan masa bersama suami. Tetapi selepas itu akan berjauhan semula. Kami akan berjumpa setiap 2 minggu sekali kerana jarak berjauhan kami dari Kuantan ke P.Pinang... :(((




p/s: Dua pengantin ini akan bersanding semula.... Kali ini bersama-sama... ^____*

read more~

Thursday, April 28, 2011

Bila Tersedar Dari Lena~

Posted by YaNa at 3:08 PM 0 comments
Salam...

Apa yang saya nk bagitahu sebenarnya... Hmm takut dengan kata2 ini boleh mengguris hati orang lain. Sedangkan ini hanya untuk memperingatkan diri sahaja perkara2 yang dilihat... dirasa... dikenakan... & pengalaman.

Maaf jika sesiapa terasa akan post ini.

Soalannya... Pernahkan anda merenung diri anda @ menilai diri anda @ muhasabah diri???

Adakah anda perasan kadangkala tindakan yang anda buat itu ada mengguris hati yang lain? Adakah terbit perasaan bersalah atau anda hanya mendiamkan diri kerana anda rasa tidak perlu untuk minta maaf?

Mesti orang yang telah kita sakiti tu sangat sakit hati dengan kita. Tetapi perlukah yang lain (kwn2) mencampuri atau turut serta memusuhi kita? Tak perlu sebenarnya. Masalah kita dan orang itu biarlah kita sendiri yang betulkan. Jika tidak itu samalah yang lain itu lebih teruk dari yang membuat salah.

Jika kita dipihak yang benar (tapi sebenarnya salah) perlukah kita menghebah-hebahkan kepada seluruh dunia? Seperti ingin memberitahu kebaikkan kita supaya yang lain percaya. What point? Hanya sabar yang dapat menggembirakan hati...

"Maka antara ujian yang datang daripada Allah itu ialah timbulnya perasaan takut di hati, kelaparan, hilangnya harta benda, tanaman dan orang yang disayangi. Kebiasaannya apabila manusia ditimpa musibah, pastinya mereka akan berada dalam keadaan sedih, dukacita dan gusar. Tetapi manusia yang bersabar menghadapi ujian akan menerima khabar gembira."

"Berkata Ustadzul Imam Al Habib Abdullah Bin Abdul Qadir Bin Ahmad Bilfaqih :“ Jadilah orang-orang yang sholeh, kerana orang-orang yang sholeh akan bahagia di dunia dan akhirat . Dan jadilah orang-orang yang benar, jangan menjadi orang yang pintar, kerana orang yang pintar belum tentu benar, tetapi orang yang benar sudah pasti pintar.... Barakallah Barakallah"

"Sabda Rasul SAW lagi berhubung dengan fitnah yang bermaksud:



"Masa akan menjadi dekat (pendek), ilmu akan diangkat, fitnah akan lahir, dicampakkan akan sifat bakhil dan berlaku dengan banyaknya ‘harju’. Maka mereka bertanya: Wahai Rasulullah, apakah maksud harju. Baginda menjawab: harju adalah pembunuh."
 
"Dari keburukan kita, kita melihat keburukan orang lain. Setiap orang mempunyai karakter yang baik. Kita harus memalingkan perhatian kita kepada sisi baik itu. Dalam Surah Al-Rahman dikatakan, "Tidak ada balasan untuk kebaikan melainkan dengan kebaikan pula"



Semoga kata-kata ini dapat memperingatkan diri saya & cuba sedaya upaya untuk berfikiran positif serta menjaga hati yang lain... Insyallah... :)))
 
p/s: Credit to Intan Liyana Zaharin... Make me learn & think about myself & others... Thank you so much...
 
read more~

Sunday, April 24, 2011

Sedih Bila Kita Tidak Dianggap Yang Sebenarnya~

Posted by YaNa at 12:31 PM 0 comments
Salam...

"Immature love says: 'I love you because I need you.' Mature love says 'I need you because I love you.' "

p/s: what was this two words? :)))

read more~

Saturday, April 23, 2011

Rindu Di Kejauhan~

Posted by YaNa at 12:09 PM 0 comments
Salam...

Alhamdulillah... Sudah seminggu bergelar seorang isteri. Saya pun sudah mula bekerja pada hari Khamis yang lepas. Kerja tu usah cerita la... hehe menimbum. Dengan audit yang kerap datang. Bulan depan pun ada audit lagi. Kali ini Audit Dalaman KDN pula. Pada 13hb hingga 18hb Mei... Memandangkan minggu pertama bulan Mei saya akan bercuti lama, jadi semua persiapan & kerja akan disiapkan pada minggu hadapan ini. Seperti minggu sebelum kahwin aritu. Hari2 overtime. Tapi weekend ini tidak boleh sebab server tutup. Jadi minggu depan terpaksa rushing lagi la... hukhukhuk...

"Tuai padi antara tapak..
Esok jangan layu-layuan...
Intai kami antara nampak...
Esok jangan rindu-rinduan..."

Tiba2 t'ingat lagu tu.. Rindu.... Sangat pada suami yang berada jauh di mata & dekat di hati. Hanya telefon yang menghubungkan kami. Saya telah follow up dengan JPA berkenaan permohonan pertukaran saya. Tetapi mereka suruh telefon semula pada bulan 5. Mereka kata pegawai tidak minit lagi. Saya cuma mahukan status borang saya samada sudah terima atau tidak. Hmm... Takpe la. Bulan 5 nanti saya akan call semula. Jika tidak, saya sendiri akan ke JPA. Inilah masalah jika penjawat awam yang tidak pernah mahu responsible dengan tugas yang diberi. Geram memang la geram. Tapi masih boleh bersabar.... :P

Tidak sabar mahu ke Penang. Jika ikutkan hati semalam mahu ke Penang tetapi memikirkan suamiku akan ke Seremban esok... Tak jadi la... Sob sob sob... :(

Saya ingin mengucapkan Selamat Berjaya kepada En. Muhammad Afzan B. Zainal Abidin a.k.a My Hubby untuk game2 yang akan datang. Semoga "Luck" sentiasa di sisi mu... Syg sentiasa akan menyokong penuh di sisi Abg.

p/s: Tengok gambar2 lama yang menjadi memori indah antara kami. Rindu... Terima kasih kerana memilih Syg Abg... I love u more & more...

read more~

Wednesday, April 20, 2011

As A Wife~

Posted by YaNa at 10:44 PM 0 comments
Salam...

Hari ini hari ke-4 saya bergelar isteri orang. Majlis akad nikah berjalan pada 16hb April 2011... Sgt meriah & simple. :)
Majlis besar pada 17hb April 2011... Sgt meriah & happy... :)

Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana memberkati semuanya & majlis berjalan dengan lancar. Apa yang penting saya sangat bersyukur kerana berjodoh dengan teruna pujaan hati saya setelah lama kami menyimpul ikatan cinta... Di harapkan akan diberkati ikatan ini & kami akan sedaya upaya untuk membina ikatan ini supaya lebih kukuh.

Apa yang lepas biarlah lepas. Jangan kerana urusan lama kami masih terhalang untuk membina yang baru & itu akan menjadi ingatan supaya tidak lagi berlaku yang tidak2...

Terima kasih Kanda kerana menyunting Adinda menjadi suri hidup Kanda... :P

p/s: Gambar lain nanti akan di upload kemudian... ^_^

read more~

Friday, April 15, 2011

Berakhirnya Esok~

Posted by YaNa at 8:36 AM 0 comments
Salam...

Hari ini pagi2 lagi telah ada mood untuk berbloging. Tadi t'ingat kepada gambar2 lama saya. Saya rindu. Saya sayang. The Cherish Moment In Memories... ^__^

Berakhirnya hari esok... Bermula la episod baru di dalam hidup saya. I'm so excited. All preparation going smoothly. Hopefully tommorow will be The Best Day in my life... Oh gosh... I can't wait. :P

"Ya Allah... Aku berdoa padaMu, permudahkan la segala urusan kami, lindungi kami dari malapetaka, selamat pergi & selamat sampai dan berikanlah kami kebahagiaan hingga akhir hayat. Semoga kami sentiasa berada di jalanMu & berikanlah kami petunjuk & keredhaanMu Ya Allah.."

p/s: Sangat2 happy & bahagia. Tak terucap dengan kata2... I love u so much... Mak, Abah, Adik & My Future Hubby. Thanks for support me. ^___^

read more~

Tuesday, April 12, 2011

Beberapa~

Posted by YaNa at 12:19 PM 0 comments
Salam...

5 more days left... All feelings become 1. Happy, Worried, Sad, Angry, Tension, Calm +++++.... ^_^
But me... Must be more stronger than before now. Cause i will have big responsible after this when i become a "WIFE" to Mr. Afzan Zainal... I Love U my dear.

p/s: I'm a big2 girl in a big2 WORLD... ^_*


read more~

Monday, April 11, 2011

Nonsence's Talking~

Posted by YaNa at 1:19 PM 0 comments
Salam...

Saya terfikir sejenak apa yang berlaku seminggu dua ini... sebulan dua ini... & setahun dua ini...
Semuanya ada hikmah yang tersendiri. Ujian yang datang, perangai kita & kehidupan kita semua diatur satu persatu oleh Yang Maha Kuasa di atas sana.
Tetapi DIA telah memberi kita ruang untuk membentuk kehidupan sendiri... Membetulkan perangai... & merancang kehidupan sebagai mana yang kita kehendaki. Kemudian disusuli dengan doa & usaha sekuat mana kita ingin perolehi. Apabila dibenarkan barulah semua itu ditunaikan... Dengan syarat kita sentiasa ingat, patuh & sembah kepadaNya.

Saya ingin melupakan segala kesedihan yang berlaku sebelum2 ini & ingin membina hidup baru. :)
Stop all the nonsense talking, thinking & doing... Let it past by... Kita sebagai mahkluk ciptaanNya, perlu cuba untuk menjadi yang lebih baik dari yang lepas2. Jangan takut @ segan untuk memulakannya kerana ia akan menjadi langkah pertama untuk kita berjaya dimasa hadapan dengan izinNya... Alhamdulillah...

p/s: Life Is Climb but The View is Great... :)

read more~

Friday, April 08, 2011

Bergaduh Besar~

Posted by YaNa at 10:21 AM 2 comments
Salam...

Wah... Macam gempak je tajuk ni. hihi... Actually i had a big fight with my officemate. And i'm still confuse about this...

"‎:: semangat baru... Wahai org2 bekerja... Kita dibayar gaji utk bekerja. Igtlah gaji itu dibayar utk kite bekerja. Kalo lbh byk bersenang kire cmane gaji itu eh??? Berkat @ x? hehe..."


Hmm post ini la yang menyebabkan kami bergaduh. I dont know why... But i trying to understand it. Ceritanya mcmni.... bla...bla...bla...bla.................................................................................................................................

Ha mcm tu la ceritanya... Kire conclusion nya... Terasa hati sebab post ini. Die ingat saya mengata dia. Sedangkan saya tidak mengata sesiapa. Saya bukan la jahat sangat & busuk hati sgt. Post itu adalah azam baru saya sempena birthday saya yang ke-26 pada 05.04.2011 lalu...

Azam baru saya :-
1. Ingin menjadi seorang isteri yang baik kepada suami nanti. Insyallah
2. Ingin memenuhi tuntutan agama sebaik2nya. Insyallah
3. Ingin menjaga prestasi kerja & menjadi pekerja yang lebih berdedikasi. Insyallah
4. Dan andai kata diberikan zuriat, akan menjadi ibu yang baik serta boleh membentuk anak2. Insyallah.. Amin...

Perlu ke saya memberitahu dia semua yang saya ingin lakukan dalam hidup saya? Cuma saya tidak suka cara dia yang suka melenting tak pasal2 & suka anggap bukan2 before tahu perkara yang sebenar. Sebelum ini saya berdiam terasa hati kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Sangat terasa hati... Kawan yang kita anggap boleh menjadi kawan baik tetapi boleh buat kepada saya sampai mcmtu skali.

Maaf.. Saya tak pernah anggap diri saya ni perfect. Tetapi apa salah jika saya cuba mengalihkan diri ke arah itu supaya menjadi lebih baik dari yang sebelumnya.. Salah ke??? Kenapa mesti nak mengata saya menunjuk2 & mengikut apa yang dia buat. Thats not me okay... hehe... I have my own dreams & visions thats had nothings to do with anyone. Please dont be jelous & always think people always want to be like u. U are not perfect either.

Saya pun bukan suka nak ikut2 orang. Saya lebih suka buat apa yang saya rasa nak buat. Saya akan usaha sendiri untuk diri saya. Saya tidak mengata pasal dia depan semua orang pun.. Tetapi saya rasa la... dia yang mengata saya. Jikat tidak, takkan dia akan post di Facebook macam2 untuk mengata saya. Tak apa la... Dia nak anggap saya apa sekali pun. Yang penting saya tau saya macmana & orang2 yang kenali saya mcmana. Saya tak mahu tahu apa yang die nk katakan pada saya & fikir pasal saya serta anggapan dia pasal saya. Jika dia rasa dia betul its fine for me. Saya no komen. :)

Dia tak tahu apa2 pasal saya, dia takde hak nak kata saya macam2.

Ok. Sampai di sini dulu...

p/s: Semoga satu lagi azam baru saya semalam boleh diatasi & dipenuhi. ^_^

read more~

Monday, April 04, 2011

~Talking To The Moon~

Posted by YaNa at 11:56 AM 0 comments
Salam...

know you're somewhere out there
Somewhere far away
I want you back
I want you back
My neighbors think
I'm crazy
But they don't understand
You're all I have
You're all I have

Chorus:

At night when the stars
light up my room
I sit by myself

Talking to the Moon
Trying to get to You
In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

I'm feeling like I'm famous
The talk of the town
They say
I've gone mad
Yeah
I've gone mad
But they don't know
what I know

Cause when the
sun goes down
someone's talking back
Yeah
They're talking back

Chorus~
 
Ahh Ahh,
Ahh Ahh,

Do you ever hear me calling?
Cause every night
I'm talking to the moon
Still trying to get to you

In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

I know you're somewhere out there
Somewhere far away~


p/s: Pray To Be Good~ :)


read more~

Friday, April 01, 2011

Saya Sayang Kamu~

Posted by YaNa at 8:32 PM 0 comments
Salam...

Sudah lama tidak update blog. Rindu...
Byk cerita ingin diceritakan & byk rasa ingin diluahkan. Tetapi...

Cuma ingin memberitahu bahawa kad2 sudah diedarkan. Insyallah kawan2 yg boleh menghadirkan diri dialu2kan... Mane yang tidak dapat hadir tidak mengapa. Hanya doa mengiringi... ^_^

Hanya tinggal 15 hari lagi... Saya akan bergelar "puan @ isteri orang". Kawan2 di office sudah menerima kad & mengusik2. Tetapi saya hanya tergelak & tersenyum mendengar usikkan mereka. Sangat terharu dengan mereka... Sangat baik dengan saya. Sehingga Pengarah membatalkan program latihan mereka demi menghadiri majlis saya nanti.

Sekarang suasana office sangat berbeza. Lebih tenang, ceria & sangat selesa. Semua orang baik. Rasa sayang ingin meninggalkan office tu... Tp apakan daya. Saya telah memohon surat pertukaran demi berdekatan dengan suami nanti. Insyallah jasa & kebaikkan mereka semua saya tidak akan lupakan. & saya juga akan sedaya upaya untuk berkelakuan & melayan mereka dengan baik walaupun saya di dalam ketegangan & kesusahan. Maklum la... Kadang kala saya bersikap kasar apabila menerima masalah. =p

Semoga kenangan akan menjadi yang terindah bersama mereka. Insyallah... ^_^

p/s: Semoga semuanya dimurahkan rezeki & panjang umur hendaknya...  :)

read more~
 

Life Is Beautiful Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting