Saturday, April 23, 2011

Rindu Di Kejauhan~

Posted by YaNa at 12:09 PM
Salam...

Alhamdulillah... Sudah seminggu bergelar seorang isteri. Saya pun sudah mula bekerja pada hari Khamis yang lepas. Kerja tu usah cerita la... hehe menimbum. Dengan audit yang kerap datang. Bulan depan pun ada audit lagi. Kali ini Audit Dalaman KDN pula. Pada 13hb hingga 18hb Mei... Memandangkan minggu pertama bulan Mei saya akan bercuti lama, jadi semua persiapan & kerja akan disiapkan pada minggu hadapan ini. Seperti minggu sebelum kahwin aritu. Hari2 overtime. Tapi weekend ini tidak boleh sebab server tutup. Jadi minggu depan terpaksa rushing lagi la... hukhukhuk...

"Tuai padi antara tapak..
Esok jangan layu-layuan...
Intai kami antara nampak...
Esok jangan rindu-rinduan..."

Tiba2 t'ingat lagu tu.. Rindu.... Sangat pada suami yang berada jauh di mata & dekat di hati. Hanya telefon yang menghubungkan kami. Saya telah follow up dengan JPA berkenaan permohonan pertukaran saya. Tetapi mereka suruh telefon semula pada bulan 5. Mereka kata pegawai tidak minit lagi. Saya cuma mahukan status borang saya samada sudah terima atau tidak. Hmm... Takpe la. Bulan 5 nanti saya akan call semula. Jika tidak, saya sendiri akan ke JPA. Inilah masalah jika penjawat awam yang tidak pernah mahu responsible dengan tugas yang diberi. Geram memang la geram. Tapi masih boleh bersabar.... :P

Tidak sabar mahu ke Penang. Jika ikutkan hati semalam mahu ke Penang tetapi memikirkan suamiku akan ke Seremban esok... Tak jadi la... Sob sob sob... :(

Saya ingin mengucapkan Selamat Berjaya kepada En. Muhammad Afzan B. Zainal Abidin a.k.a My Hubby untuk game2 yang akan datang. Semoga "Luck" sentiasa di sisi mu... Syg sentiasa akan menyokong penuh di sisi Abg.

p/s: Tengok gambar2 lama yang menjadi memori indah antara kami. Rindu... Terima kasih kerana memilih Syg Abg... I love u more & more...

read more~

0 comments:

 

Life Is Beautiful Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting