Wednesday, February 15, 2012

8 Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah~

Posted by YaNa at 6:18 PM 0 comments
Salam...

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

Read more~

Sunday, February 12, 2012

Muhasabah Diri~

Posted by YaNa at 11:45 PM 0 comments
Salam...


" Segala yang berlaku ke atas diri, penerimaan orang lain & kata2 dari orang lain adalah mengambarkan diri kita. Bukan semua orang boleh menyukai kita seadanya... Tapi perlukah kita terima? Jadikannya sebagai positif untuk memperbaiki diri, bukan merasakan diri kita itu benar & fikirkan semula untuk perbaiki hubungan dengan orang lain."

" Sekiranya Allah menguji kita, hendaklah kita berfikir dimana silapnya kita & apakah perkara yang perlu kita betulkan. Kerana dengan ujian itu kita akan tahu & perolehi kebaikkan. Minta maaf & insaflah dengan kesalahan yang telah kita perbuat. Insyallah banyak kebaikkan akan timbul kelak."

Read more~

Sunday, January 15, 2012

~Hari Minggu~

Posted by YaNa at 1:19 PM 0 comments
Salam...

14.01.2012...

Wahh arini dpt rehat yang cukup sebab tak kemana pun. Tapi rehat-rehat pun ade tugas bagi saya yang dh berumahtangga ni. Hehe biasa la.. Seperti wanita-wanita lain juga. Pagi tadi saya mula dengan breakfast seorang diri kerana en. Suami masih belum mahu bangun tidur. Hehe tak ape lah. Saya kasi chance kali ini. Selesai breakfast, siapkan2 bahan untuk makan tengahari. Selesai sahaja, mula mengemas rumah, sapu sampah & mop rumah. Tapi kali ni en. Suami terpaksa membantu sebab saya tak larat nak angkat barang2 berat. Huhu... Dan akhirnya en. Suami la yang mengemop. Ermm bagus2.. :P

Sementara en. Suami mengemop di ruang tamu & bilik, saya pun mula memasak. Hari ini ringkas saja menu... Spagetti & sirap laici. Sebab semalam ke Tesco, apa yang saya nak beli habis diborong oleh Cina. Nak Gongsi Fa Cai la katakan.. Hehe...

Selesai semua tugas, saya & en. Suami pun bersantap. En. Suami cakap sedap. Hihihi sukeeeee sangatttt.... Baby di dalam perut pun bergerak kuat apabila sesudah makan. Anak mama suka ehh!! ^__^ Lepas ini masih tinggal untuk basuh kain & gosok baju kerja. Petang mahu teman en. Suami training kalau larat. Ok lah.. Merepek je dah ni. Daa~

P/s: Life must go on with the happy things + bad things. Its our choice. You decide it, you feel it. Semuanya ada hikmah yang tersembunyi untuk menjadi manusia yang berfikir waras & menjadi lebih baik. ^___^

Read more~

Saturday, January 07, 2012

Padang Kota~

Posted by YaNa at 6:06 PM 0 comments
Salam...

Saya sekarang sedang berada di Padang Kota, Penang. Ambik-ambik angin sambil bersantai. Memang seronok bersantai dekat sini. Tetapi tadi saya dan suami saja makan-makan dekat gerai Padang Kota. Ternyata ianya "indah khabar dari rupa".

Kami makan kerang rebus yang tak berapa sedap(rm10), kuey teow goreng campur(rm9), dan air kelapa(rm4+rm4)sebab ambil dua. Sangat mahal dan tak sedap pun.

Suami saya yang sememangnya orang Penang juga mengatakan rugi untuk makan di sini. Huhu... Next time never eat at this place anymore. Sucks... :p

Anyway thank you to en. Suami kerana membawa isterinya yang kini banyak kerenah ini bersantai. Hihihi mmuuaaahhh...

P/s: td sudah scan baby. Sangat aktif dan berat my baby boy 1.8kg. Can't wait... ^__^

Read more~

Friday, January 06, 2012

~Niece~

Posted by YaNa at 9:29 PM 0 comments
Salam...

Date : 06 Jan 2012

Ya hari ini mungkin anak saudara kami yang pertama dalam keluarga bakal dilahirkan. Biras saya kini di dalam dewan bersalin. Tapi baby macam lambat sikit nak keluar. Dari pukul 10 pagi tadi menunggu hingga kini belum keluar. Hehe.. Sungguh selesa dia duduk dalam perut mamanya.

Harap2 malam ini dia akan keluar sebelum 12 tengah malam. Insyallah...

P/s: Ayu.. Goodluck... :))
Mode: So happy. Can't wait for my turn this coming March. ^_*

Read more~

Thursday, January 05, 2012

I'm Proud Of You My Friend~

Posted by YaNa at 5:34 PM 0 comments
Salam...

Saya sangat bangga dengan seorang kawan saya yang bernama Eliana Elias. Dia adalah kawan sekelas semasa waktu Degree di Shah Alam dulu. Baru-baru ini dia telah mengisytiharkan perubahan untuk bertudung. Alhamdulilah dengan hidayah yang Elly dapat tu.

Saya perasan semua gambar2 Elly yang tidak bertudung sebelum itu telah di'delete' dari profile Facebook. Sangat baguskn. ^_^
I'm proud of you Elly. Semoga dikekalkan hidayah itu. Semoga lebih baik untuk yang seterusnya. Insyallah...

P/s: Hope me also get the "Hidayah" from Him to be more stronger in my life & feel peace.. :))

Read more~
 

Life Is Beautiful Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting