Sunday, January 15, 2012

~Hari Minggu~

Posted by YaNa at 1:19 PM
Salam...

14.01.2012...

Wahh arini dpt rehat yang cukup sebab tak kemana pun. Tapi rehat-rehat pun ade tugas bagi saya yang dh berumahtangga ni. Hehe biasa la.. Seperti wanita-wanita lain juga. Pagi tadi saya mula dengan breakfast seorang diri kerana en. Suami masih belum mahu bangun tidur. Hehe tak ape lah. Saya kasi chance kali ini. Selesai breakfast, siapkan2 bahan untuk makan tengahari. Selesai sahaja, mula mengemas rumah, sapu sampah & mop rumah. Tapi kali ni en. Suami terpaksa membantu sebab saya tak larat nak angkat barang2 berat. Huhu... Dan akhirnya en. Suami la yang mengemop. Ermm bagus2.. :P

Sementara en. Suami mengemop di ruang tamu & bilik, saya pun mula memasak. Hari ini ringkas saja menu... Spagetti & sirap laici. Sebab semalam ke Tesco, apa yang saya nak beli habis diborong oleh Cina. Nak Gongsi Fa Cai la katakan.. Hehe...

Selesai semua tugas, saya & en. Suami pun bersantap. En. Suami cakap sedap. Hihihi sukeeeee sangatttt.... Baby di dalam perut pun bergerak kuat apabila sesudah makan. Anak mama suka ehh!! ^__^ Lepas ini masih tinggal untuk basuh kain & gosok baju kerja. Petang mahu teman en. Suami training kalau larat. Ok lah.. Merepek je dah ni. Daa~

P/s: Life must go on with the happy things + bad things. Its our choice. You decide it, you feel it. Semuanya ada hikmah yang tersembunyi untuk menjadi manusia yang berfikir waras & menjadi lebih baik. ^___^

Read more~

0 comments:

 

Life Is Beautiful Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting