Monday, July 04, 2011
Seminggu~
Seminggu lepas yang sangat sibuk dan memenatkan. Tetapi sangat berbaloi... Hihi...
Hari isnin : Lapor diri ke Kementerian Dalam Negeri. Sangat lama untuk mendapatkan satu surat. Fuhh.. Dari pukul 10pagi hingga 5.10ptg. My family & hubby yang sgt2 sabar menunggu.
Hari selasa : Lapor diri ke Bukit Aman. Kali ini saya hanya pergi bersama suami. Mak & abah sudah bekerja. Mujur tidak tunggu lama mcm smlm. Selesai saja tengahari, kami terus gerak balik Penang. Yippy... ~
Hari rabu : Lapor diri ke IPK dan IPD Timur Laut. Selesai lapor diri saya mintak pelepasan utk hari tu. Hehe balik rumah apa lagi, rehat & zzzzz.... Hihi... Kesian en. Suami terpaksa kerja.
Hari khamis & jumaat : Sudah mula kerja la... Mana boleh curi tulang lagi. Kali ni saya kerja di kaunter kutip saman. Kira buat hasil la. Sblm ni tak pernah kutip hasil lg. Harap dapat menyesuaikan diri nanti. Hihi... Kawan2 di sini sangat peramah. ^_^
Hari sabtu : Berehat di rumah tok sambil menunggu suami mengecat. Hehe... Malam kami tengok wayang cerita Green Lantern sebab tiket Tranformers sold out. Sob sob sob...
Hari ahad: hanya lepak di rmh mak di BJ. Selamat harijadi Muaz.. ~
P/s: hihi first time update blog guna iphone. Hihi sebab tu kelam kabut sket ayat. :p
Friday, April 01, 2011
Saya Sayang Kamu~
Sudah lama tidak update blog. Rindu...
Byk cerita ingin diceritakan & byk rasa ingin diluahkan. Tetapi...
Cuma ingin memberitahu bahawa kad2 sudah diedarkan. Insyallah kawan2 yg boleh menghadirkan diri dialu2kan... Mane yang tidak dapat hadir tidak mengapa. Hanya doa mengiringi... ^_^
Hanya tinggal 15 hari lagi... Saya akan bergelar "puan @ isteri orang". Kawan2 di office sudah menerima kad & mengusik2. Tetapi saya hanya tergelak & tersenyum mendengar usikkan mereka. Sangat terharu dengan mereka... Sangat baik dengan saya. Sehingga Pengarah membatalkan program latihan mereka demi menghadiri majlis saya nanti.
Sekarang suasana office sangat berbeza. Lebih tenang, ceria & sangat selesa. Semua orang baik. Rasa sayang ingin meninggalkan office tu... Tp apakan daya. Saya telah memohon surat pertukaran demi berdekatan dengan suami nanti. Insyallah jasa & kebaikkan mereka semua saya tidak akan lupakan. & saya juga akan sedaya upaya untuk berkelakuan & melayan mereka dengan baik walaupun saya di dalam ketegangan & kesusahan. Maklum la... Kadang kala saya bersikap kasar apabila menerima masalah. =p
Semoga kenangan akan menjadi yang terindah bersama mereka. Insyallah... ^_^
p/s: Semoga semuanya dimurahkan rezeki & panjang umur hendaknya... :)
read more~
Wednesday, February 09, 2011
Picture Ke Langkawi... :)
Layan pic ke Langkawi... hihi
~Cik Zilanurida~
~Dlm Ferry sudah~
~Telaga Mahsuri~
~Sume mau ambik berkat.. Abg Din & Fizi pun mau ke?? hihi~
~Saya pun mahu. Semoga berkat seri Mahsuri pd saya. Insyallah...=p~
2nd day kami... ke...
~Underwater World. Oopss lupe cover perut. huhu~
~Oriental Village~
p/s: shopping choclate terlalu byk. Pesanan dr kwn, mak, abah & adik saya... fuh!! Smpai ssh nk angkat masuk feri. Cess... hahaha... Hope lps ni ade lg jalan2 seperti ini. Kali ini biar la bersama Hubby sekali. ^_*
read more~
Monday, January 31, 2011
Kepenatan...~
Kul 10pg ni terpaksa jugak ke office. Letih... ~
Sebenarnya saya baru blk dr my Last Bachelor Holiday. huhu
Saya & rakan2 office telah bercuti di Langkawi selama 3 hari.
Hari Jumaat, Sabtu & Ahad.
Seronok~
p/s: kene keje ni. Pic update kemudian okay. ^_*
read more~
Wednesday, January 19, 2011
2 Hari Berturut2 Karaoke???
Hehe betul. Tajuk di atas sana adalah betul. Saya telah pergi berkaraoke bersama2 K.Aza, Achik & Zila... Lepas tension ke ape ke tak tau lah. hehe... Yg penting saya happy.
En. Tunang membenarkan saya pergi. Itu yang penting. =p
Lagu apa saya nyanyi? Saya nyanyi lagu Anggapanmu, Kekal, Madah Berhelah, Love Story, Bukan Cinta Biasa & Bertahta Dihati. ^_*
Owh... Pic ada. Tp dalam camera Achik. Nt saya mntk utk di upload di sini okey.
p/s: saya berkaraoke time rehat tau. Bukan time office. ^_^
read more~
Tuesday, January 11, 2011
Boss Oh Boss~
Kenapa tajuknya begitu???
Saya tak suka boss yg jenis suke bagi arahan tanpa memikirkan kebajikan @ komitmen orang bawahannya... On survey that i did... Segelintir sahaja orang ini. Tapi ada la 2 3 org sekeliling saya yang terkena. Di office saya pun ada.
Cth 1: Bila nak rancang sesuatu aktiviti tak pernah pun tanya pendapat org bawahan. Kira boss nk dpt nama. Perancangan tip top & bergegar. Tetapi yang teruk kerja org bawahan sehingga tak menang tangan buat kerja. Boss hanya tau bagi arahan itu & ini. Pastu nk semua complete & perfect. Bila ada kesalahan marahkan org bawahan. Sedangkan kdg2 kesilapan yang berlaku berpunca dari perancangan yang tak teliti & tiada pantauan. Sepatutnya boss pun kene turun padang la dlm perancangan aktiviti die. Baru anak buah tau yg bagaimana boss inginkan.
Cth 2: Bila boss suka bagi kerja last minute. Kenapa la tak bagi awal2. Kecuali la memang benda urgent & dpt tau lewat. Kdg2 boss ni ingat org bawahan die tu takde komitmen lain ke selain nk m'hadap die je. Kalau org tu ada family & perlu ambil isteri blk kerja, kn dh jd lambat. Masalah rmhtangga org bawahan jd taruhan. Yg boss dh kasi kerja die pun chow la. Pstu bile time busy pun kdg2 cuti & MC. Bertanggungjwb ke? Come on... Ni dh thn 2011... Sudah2 la ngan perangai lama. Jangan igt die je nk jaga prestasi kerja. Prestasi kerja adalah berdasarkan kecekapan, ketelusan, kejujuran & integriti. Kalau cmtu mane kecekapannya? Mana ketelusannya? & mana kejujurannya? Integriti lagi la tak ada...
Cth 3: Salah guna kuasa. Bila dh berkuasa mula la jadi lupa diri. Selalunya org cmni akan wat kerja demi kepentingan diri sendri. Kira cm xjujur la. Bukan dengan niat yg baik. Sanggup tutup periuk nasi org lain lg jika dieorg perlu. Ishh tolong la... Byk lagi cara utk dptkan rezeki yg halal di bumi Allah ni. Yg penting usaha. Itu lagi berbaloi & diredhai. Kebaikkan pun akan dapat.
Ermm... Tu je kot wt masa ni yang wt saya benci & meluat psl org atasan ni. Tp ramai yang baik2. Hanya segelintir je yang mcmni. Saya ckp cmni bukanlah utk membela org bawahan seperti saya ni. Tetapi utk melihat sudut buruk & maybe masing2 boleh fikirkn solutionnya dengan cara masing2. ^_^
Lain kali saya cerita keburukan @ kesilapan yang dibuat oleh org bawahan pula ye...
p/s: sharing is caring... :)
read more~
Monday, January 10, 2011
Takde Motif~
Hehehe... Tak tau nk update ape sebenarnya.
But today i'm feeling so happpyyy.... ^____^
Tak tau nape. Maybe my energy came back after very tiring month. hihi...
Bulan ni pun sibuk juga. Esok saya ade perhimpunan bulanan office.
Bulan ni jugak kene submit:-
- Fail Meja (before 14th)
- Sasaran Kerja 2011 (before 13th)
- Naziran AG (tak tau lg bila. takut.... hihi
Utk bulan Januari ni itu je la aktiviti. Tp byk lg yg tak siap. Utk next month saya cerita nanti okey...Yey... My cousin blk from Riyadh dis week. Nk blk kmpg utk ketemu... Next week my cousin from Sarawak lak blk. Mau jumpa Qayra yg sgt cumell... ^_^
Pack juga bulan ni... :)

Qayra Umaira ^_^
p/s: Jgn mensia2kn masa yg ada untuk bersama family & org yang tersayang... ^_^
read more~
Wednesday, November 24, 2010
Senarai Tugas Kerja Baru~
Seperti menyesakkan dada je. Tapi saya lebih rela untuk dapat senarai tugas yang byk dr bahagi kerja dgn org yg asyik menyusahkan saya je. ^_^ Yes... Org itu telah ditukarkan ke cawangan. So senarai tugas dia telah dibahagikan antara saya dan K.Aza...
Ini die senarai tugasnya:-
1. Menyemak,menyedia dan mencetak baucer bayaran Elaun Lebih Masa JPAM Pahang.
2. Menyemak,menyedia dan mencetak baucer bayaran Tuntutan Perjalanan JPAM Pahang.
3. Menyemak,menyedia dan mencetak baucer bayaran Bil-bil Utiliti dan Invois Tanpa PT JPAM Pahang.
4. Menyedia dan mencetak perolehan Pesanan Tempatan serta memproses dan mencetak baucer bayaran Pesanan Tempatan.
5. Menyedia laporan kewangan suku tahun,laporan Pesanan Tempatan, laporan bil tertunggak dan laporan prestasi pembayran bil sempurna iaitu pada 1hb dan setiap 15 setiap bulan.
6. Menyedia dan mengemaskini laporan pukal BP21 setiap bulan serta mengisi boring kew. 310 dan kew. 311.
7. Menyedia laporan elaun lebih masa setiap bulan sebelum 5hb.
8. Menyedia laporan tuntutan perjalanan setiap bulan sebelum 5hb.
9. Menyedia waran udara setiap kali ada penerbangan.
10. Menyemak dan mengemaskini fail-fail baucer bayaran dengan menyusun mengikut susunan nombor dan mengecop “TELAH DIBAYAR” serta cop nombor eft.
11. Menyedia, menyemak dan mengemaskini fail-fail ISO untuk permohonan Perolehan.
12. Menyedia dokumen bagi permohonan bayaran EFT/CEK gantian untuk pembayaran yang bermasalah.
13. Menyedia dan memproses e-Terimaan.
14. Lain-lain tugas yang merangkumi tugas kewangan dan tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.
p/s: Insyallah akan diusahakan~ :)
read more~
Tuesday, August 03, 2010
JPAM Pahang
Arini JPAM Pahang dpt Pengarah Negeri yang baru. Pengarah yang lama ditukarkan semula ke Ibu Pejabat Pertahanan Awam Malaysia Kuala Lumpur. Pengarah yang baru ni sblm ni bertugas di JPAM Sarawak. Hopefully yang baru ni ok la. hehe... Lots of things maybe makes he shock about my office. Gudluck 2 the new Pengarah.... :)
p/s: Mutu Kerja Dijaga... Pantas Sedia Berintegriti...
read more~