salam...
Seperti menyesakkan dada je. Tapi saya lebih rela untuk dapat senarai tugas yang byk dr bahagi kerja dgn org yg asyik menyusahkan saya je. ^_^ Yes... Org itu telah ditukarkan ke cawangan. So senarai tugas dia telah dibahagikan antara saya dan K.Aza...
Ini die senarai tugasnya:-
1. Menyemak,menyedia dan mencetak baucer bayaran Elaun Lebih Masa JPAM Pahang.
2. Menyemak,menyedia dan mencetak baucer bayaran Tuntutan Perjalanan JPAM Pahang.
3. Menyemak,menyedia dan mencetak baucer bayaran Bil-bil Utiliti dan Invois Tanpa PT JPAM Pahang.
4. Menyedia dan mencetak perolehan Pesanan Tempatan serta memproses dan mencetak baucer bayaran Pesanan Tempatan.
5. Menyedia laporan kewangan suku tahun,laporan Pesanan Tempatan, laporan bil tertunggak dan laporan prestasi pembayran bil sempurna iaitu pada 1hb dan setiap 15 setiap bulan.
6. Menyedia dan mengemaskini laporan pukal BP21 setiap bulan serta mengisi boring kew. 310 dan kew. 311.
7. Menyedia laporan elaun lebih masa setiap bulan sebelum 5hb.
8. Menyedia laporan tuntutan perjalanan setiap bulan sebelum 5hb.
9. Menyedia waran udara setiap kali ada penerbangan.
10. Menyemak dan mengemaskini fail-fail baucer bayaran dengan menyusun mengikut susunan nombor dan mengecop “TELAH DIBAYAR” serta cop nombor eft.
11. Menyedia, menyemak dan mengemaskini fail-fail ISO untuk permohonan Perolehan.
12. Menyedia dokumen bagi permohonan bayaran EFT/CEK gantian untuk pembayaran yang bermasalah.
13. Menyedia dan memproses e-Terimaan.
14. Lain-lain tugas yang merangkumi tugas kewangan dan tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.
p/s: Insyallah akan diusahakan~ :)
read more~
Kemaafan yang terindah gittueww
5 years ago
0 comments:
Post a Comment