Showing posts with label Pendapat. Show all posts
Showing posts with label Pendapat. Show all posts

Wednesday, March 16, 2011

Its All About $$$~

Posted by YaNa at 1:54 PM 2 comments
Salam...

A big part of financial freedom is having your heart and mind free from worry about the what-ifs of life. -Suze Orman-

Thats right. But nowadays we should think about higher expenses that we should going through.

Cth 1. (Bujang. Bg yg baru 3 4 thn bekerja. Kerani)

Gaji = RM950.00 (bersih setelah tolak macam2 dlm pay slip)

Sewa rumah = RM150.00 (kongsi2)
Kereta = RM270.00 (paling murah)
Bil telefon = RM70.00 (@ topup)
Astro = RM60.00 (paling murah)

Broadband = RM50.00
Minyak kerete = RM100.00 (paling sikit)
Makan = RM150.00 (paling kurang)
________
RM 850.00 (expenses bulan2)


* Masih ada RM100 baki. Sampai hujung bulan pinjam kerana tidak cukup.
* Belum termasuk tabungan, beli barang keperluan, maintenance kereta & lain2.

Cth. 2 (Bujang. Baru bekerja. Eksekutif. Duduk dgn family)

Gaji = RM1,700.00 (bersih tanpa potongan)

Sewa rumah = Percuma

Kereta = RM310.00 (paling murah)
Bil telefon = RM50.00 (@ topup)
Astro = Percuma
Broadband = RM50.00
Minyak kerete = RM200.00 (paling sikit)
Makan = RM300.00 (paling kurang)
________
RM 910.00

* Masih ada RM790.00 baki. Sampai hujung bulan pinjam kerana tidak cukup.
* Blm termasuk barang keperluan,PTPTN, tabungan, maintenance kereta & lain2.


Adakah anda semua boleh lihat & pertimbangkan diantara dua pendapatan yang berbeza serta cara hidup yang berbeza? Di mana silapnya jika kita di dlm situasi ini tidak boleh menabung bg masa hadapan?

Jika tidak betul cara hidupnya, jgnkan bg org2 yang gaji sedikit sememangnya tidak boleh menabung. Org2 yg bergaji besar lg tidak akan menabung. Ini baru hidup bujang & belum lg b'keluarga yg memerlukan lebih byk expenses. Jadi "tepuk dada tanya selera". ^_*

p/s: Ooppss... cth di atas sama sekali tidak ada kena mengena dgn yg hidup & mati. :)

read more~

Tuesday, January 18, 2011

FB mahu ditutup???

Posted by YaNa at 10:23 AM 0 comments
Salam...

Berkenaan soalan di atas... Hmm... Hmm... Ada pron & contra. Ada baik & tak baiknya...

Ok fikir sejenak apa kebaikkan yang anda dapat & keburukan yang anda dpt. :)

Tetapi ape yang difikirkan, ditimbang2 & kesan yang Mark Zuckerberg renung sehingga ingin menutup "Social Network" nombor 1 dunia ini???

Adakah disebabkan byk kes yang melibatkan salah laku kakitangan awam & swasta, kelekaan suri rumah dlm mengendali rumahtangga, penipuan @ kurangnya orang2 utk aktiviti lebih sihat? Asyik duduk shj kn melayari Facebook. No good. hihihi

So, decision is on Mark Zuckerberg. Harap apa yang berlaku selepas ini adalah yang terbaik utk semua org. Insyallah... :)

p/s: actually, saya pun tak brape suke FB. Tp oleh kerana ia boleh m'hubungkan saya dgn kwn2.. So, saya gune la. hikhikhik... Use it wisely okayyy.... ^_^

read more~

Monday, December 27, 2010

Lelaki Ego...

Posted by YaNa at 3:47 PM 0 comments
Salam...

Sejak dahulu lagi lelaki memang terkenal sebagai anti-menangis. Biasalah, ia kerana ego yang begitu menebal di dalam diri mereka. Walaupun hati mereka hancur ketika itu, tapi demi mempertahankan ego mereka, lelaki tidak akan sesekali menumpahkan air mata. Kaum lelaki sering beranggapan, menangis sama sahaja mengumumkan kepada dunia bahawa mereka orang yang lemah. Namun wanita perlu memberitahu lelaki pandangan tersebut patut diubah.

Beritahu si dia kalau mereka ingin menangis atau berasa sedih, lakukanlah dan ia sesekali tidak akan langsung mengurangkan rasa kagum wanita terhadap keperkasaan lelaki malahan wanita akan makin kagum kerana sedar, jauh di sudut hati lelaki, mereka juga berjiwa halus.

Tetapi awas, jangan berlebihan menangis kerana kelihatan sangat buruk kalau lelaki menangis keterlaluan. Tahukah anda menangis akan membuatkan seseorang itu berasa lega dan dapat meredakan segala masalah yang bersarang di dada. Apabila pasangan menunjukkan rasa simpati, hubungan pasangan tersebut akan bertambah erat dan penuh kemesraan.

"Menurut kaunselor berdaftar,Hushim Salleh, setiap individu memiliki egonya sendiri sama ada dia lelaki ataupun perempuan.Walau bagaimanapun, darjah keegoannya sudah tentu berbeza-beza antara satu sama lain. Kata beliau lagi, konsep ego sebenarnya melibatkan keyakinan dan jati diri seseorang. Lazimnya apabila seseorang lelaki itu mempunyai sifat tersebut, dia akan berasa dirinya melebihi orang lain. Selain itu, dia juga acap kali merasakan bahawa individu lain tidak selari dengan pendapat dan pemikirannya. Lantas situasi ini mendorongnya untuk banyak membantah dan menentang.

“Selalunya orang yang ego ini, dia mempunyai sifat agresif yang lebih tinggi daripada orang lain. Dia selalu sahaja hendak menang. Apabila dia pandang orang, selalunya dia hendak pandang dirinya lebih tinggi daripada mereka,” terang Hushim. Ego lelaki biasanya akan menjadi lebih ketara apabila dia berhadapan dengan wanita. Umumnya keegoan tersebut tercetus kerana lelaki sentiasa berfikir yang mereka lebih tinggi, hebat, berkuasa dan kuat berbanding wanita. Lantaran itu, bagi mereka, wanita mesti mendengar dan menurut kata-kata mereka.

“Lelaki biasanya mengatakan dialah pemimpin dan ketua terutamanya kepada golongan perempuan. Inilah yang membentuk ego. Memandangkan dia menganggap lelaki sebagai pemimpin dan ketua, jadi apa sahaja yang dia buat mesti lebih daripada perempuan. Pada masa inilah dia cenderung untuk menunjukkan kekuatannya,” ulas beliau. "

p/s: walaupun kamu seorang yang ego. tidak pernah sedetik pun untuk merendahkan kamu sebagai seorang lelaki. tidak salah jika kamu mengaku kesalahan & meluahkan apa yang dirasa. apabila hati sudah bersedia untuk tidak mengulangi kesilapan yang lalu, maka terzahirlah ucapan maaf yang ikhlas. kita manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan. tetapi kita juga tidak diciptakan untuk melakukan kesilapan yang berulang kali. ini lah hidup kita sebagai khalifah. kesilapan dijadikan sebagai panduan bukan ikutan. sedangkan Nabi Muhammad s.a.w juga tidak menunjukkan ego dihadapan isteri2nya & kaum wanita yang lain serta tidak malu untuk memujuk.

read more~

Friday, December 10, 2010

~Mark Zuckerberg~ : his the new US Billionaire

Posted by YaNa at 8:13 AM 0 comments
Salam...


Who is Mark Zuckerberg?

He is the Facebook founder.
26 years old be the youngest US Billionaire.




p/s: Fikirlah sendiri. Kita mendengar banyak tali persaudaraan dirapatkan & terpecah-belah akibat rangkaian "Social Network" ini. Beringat & berwaspada sebelum taksub. Gunakan lah sebaik-baiknya & hanya untuk kebaikkan. Jika lebih banyak keburukkan "Hentikanlah".


read more~

Friday, December 03, 2010

Jeles~

Posted by YaNa at 11:40 AM 0 comments
Salam...

"Your Jealousy is My Energy"-(by whom i don't remember)

Saya sangat jeles kepada org2 yang lebih pandai, b'perangai sebaik-baiknya & b'iman kpd Allah swt.
Kenapa saya tidak menjadi seperti mereka??? Hmm banyak faktor.
Tapi insyallah saya dengan sedaya upayanya akan mencuba melakukan yang terbaik.
Demi untuk masa depan saya supaya mendapat kehidupan yang lebih diRedhai-Nya.

Saya kini cuba mengisi ruang waktu dengan membaca pelbagai bahan bacaan. Supaya dapat menambah ilmu selain ilmu pelajaran. Yang itu perlu sambung belajar semula la. Ahaks... ^_*
Tapi satu yang saya perasan pada diri saya sejak saya dari Tingkatan 4... Ermm saya sudah tidak berminat mengintai majalah hiburan artis. Nak tgk Melodi pun tidak. Unless sesiapa yang m'beli majalah hiburan, saya sekadar membelek secara ringkas. Kalau ade org bukak Melodi, saya akan tgk seketika sahaja. Namun hendak saya melakukannya sendiri memang tidak sama sekali. ^_^ Kdg2 kawan2 b'cerita saya hanya menjadi pendengar kerana tidak tahu.

Oopss melalut sampai ke situ plak. hehe... Apa yang cuba saya katakan di sini... Kita jangan jadikan cemburu kita itu sebagai dendam & cuba membalas dendam dgn cara yang buruk & kotor kpd org yang kite cemburui. Kita perlu cuba secara positif. Dengan perbaiki diri supaya jd yang lebih baik & maju. Kemudian baru kita tunjukkan kpd org yang kita cemburui yang kita sbnrnya blh menjadi seperti mereka.

Inilah cara yang sepatutnya kita sebagai Orang Melayu lakukan. Bukan Perasaan Hasad Dengki yang tinggi sehingga sanggup memusnahkan hidup & pertalian org lain. Perlu juga kita ingat semua yang kita usahakan insyallah akan dikabulkn oleh Allah swt. Kerana dia juga yang menunjukkan jalan & menulis jalannya. Manusia seperti kita hanya perlu berusaha & berdoa. ^_^

p/s: semoga saya akan menjadi seperti orang yang sebaik2nya & diRedhai-Nya. Amin...

read more~

Tuesday, November 09, 2010

Kepikiran...^_*

Posted by YaNa at 12:24 PM 0 comments
Salam...

Saya kepikiran setelah duduk di kerusi office sambil membaca article2 di Facebook...(ini adalah akibat kemalasan melanda & bos xde.hehe)

Soalan : Kenapa manusia perlu hipokrit?

Pendapat : Maksud hipokrit adalah org yg b'pura2 b'perangai (b'kelakuan, b'sifat, dll) baik, (org yg) memperlihatkan keadaan diri yg b'lainan dr yg sebenarnya @ munafik. Sebenarnya kita tak perlu malu pun ngn diri sendri @ cube berselindung dgn berpura2. Bagi saya kalau diri tu dlm keadaan tidak bagus @ rase diri sendri tu xbaik, ubah la cara anda tu. Tak perlu berpura2. Itu lg menampakkan keburukkan & kebodohan anda.

Just be urself. If u want to be better @ looks goods in front of others... change it. Dont be a hipocrite. Thats such a Fool..

Seperti nasihat abah saya. Jadi diri sendri supaya org sekeliling boleh terima kita seadanya. Tidak perlu jd org len lain @ tidak perlu di hadapan org shj nampak bagus & baik. Itu seperti meminta simpati, menarik perhatian & etc. Sifat yang buruk kite tukar kepada yang baik. Kenapa mesti nk simpan perangai yg buruk itu? Pelikkan org cmni?

p/s: Saya hanya memperingatkan diri & cuba berkongsi ngan anda semua. Jika orang lain boleh jd yang terbaik, kenapa saya tidak boleh? Tiada satu benda pun yg boleh menghalang kita utk melakukan sesuatu jika niat dihati itu kuat. Bak kata pepatah "hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih".

read more~

Wednesday, August 04, 2010

Tazkirah Pagi Yang Saya Dengar 04.08.2010

Posted by YaNa at 1:49 PM 0 comments
Hye...

Tidak ada salahnya kita mengidamkan kapal yang besar
Tidak ada salahnya jika kita bina kapal yang modern & canggih kelengkapannya
Tidak ada salahnya jika kita laburkan wang yang banyak untuk membuat kapal itu
Janji kita menggunakan kapal itu dengan sebaik mungkin dan betul

Tidak ada salahnya kita mengidamkan IQ yang pandai
Tidak ada salahnya jika kita berpelajaran tinggi
Tidak ada salahnya jika laburkan wang untuk belajar tinggi2 sehingga peringkat sarjana
Janji kita menggunakan kelebihan yang kita ada untuk kebaikkan

p/s: For those people who are really don't like university students,please open your mind and open your heart into this perception. If they had a good mind in studies, why not we ask to shared with them. Unless you are....

read more~

Monday, July 12, 2010

Lelaki???

Posted by YaNa at 4:40 PM 0 comments
Hye...

Ptg ni aku b'fkr, t'fkr & memerhati...
Dalam dunia ni ade mcm2 jenis lelaki & perangainye yg t'sendri... Tp yg paling ketara dpt dilihat :-

1. Lelaki yang perangai dlm hubungan persahabatan ngn org len teruk n agak2 membencikan, tetapi die seorg kekasih yg setia kpd pasangannya.

2. Lelaki yang mempunyai hubungan persahabatan yg sgt baik n peramah tetapi t'nyata tdk setia ngn kekasih.

Ini pendapat aku je. So take it easy.

read more~

Thursday, March 04, 2010

Cinta

Posted by YaNa at 3:53 PM 0 comments
Hye...

Kamu cinta terhadap dia. Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.

Saat kau MENCINTAI seseorang, kau akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.Saat kau MENCINTAI seseorang dan berada di sisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya...

CINTA adalah saat ia menangis dan kau akan membiarkannya menangis di bahumu sambil berkata, "Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama."CINTA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata, "Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.."Pada saat orang yang kau CINTAi menyakitimu, kau akan berkata, Tak apa dia hanya tak tau apa yang dia lakukan."

Pada saat kau CINTA padanya, kau akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus...CINTA adalah kau akan menemaninya tak kira bagaimanapun keadaanmu ketika itu.CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.CINTA di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je.

( grab from other web page. )

read more~

Wednesday, March 03, 2010

Kenapa Perlu Berubah?

Posted by YaNa at 1:58 PM 0 comments
Hye...

Kenapa seseorg perlu berubah???

  1. Berubah mengikut keadaan. Perubahan mesti la positif.
  2. Berubah mengikut hati bukan sbb orang lain.
  3. Jika berubah kerana orang lain, perlu la pertimbangkan dgn sewajarnya samada ia untuk kebaikan diri @ tidak.
  4. Tidak salah kita berubah untuk memberi kegembiraan kepada orang lain. Yang penting positif.
  5. Apabila berubah, jangan la kita lupa siapa @ apa taraf kita dulu. Ingat la orang2 yg pernah berada bersama kita semasa kita dahulu.

Jika ade sebarang tambahan, boleh la memberi komen.

read more~

Monday, July 06, 2009

Wut to say huh?

Posted by YaNa at 12:19 PM 0 comments
Hye...

Hmm xtau la nape arini aku rase cm kosong je hati ni. Aku rase kurang happy dari hari biase2. Nk kate aku gaduh ngan bf xpun. Die pun arini otw gi arau. Kene register last sem. Nk msg xblh sb tgh drive. Sunyi je rase. Xde tempat nk ngadu.. Actually dr smlm lg aku rase cmni. Aku rase ade topik yg blh dibincangkan di sini.

1) Kenapa lelaki kurang matang berbanding perempuan?
2) Kenapa lelaki tidak dapat memahami perempuan?
3) Kenapa perempuan sukar untuk difahami?
4) Kenapa perempuan tidak mahu memahami lelaki?

Ape pendapat korg?

Bg pendapat aku :-

soalan 1 : Bukan lelaki tidak matang sebenarnya,cume lelaki kadang kala tidak ambil serius dgn ape yg mereka buat sbb xnk membebankan fikiran mereka. Terutama lelaki yg dlm lingkungan umur 18-25 tahun. Mereka lbh suka utk enjoy dulu sblm rase btol2 kene bertanggungjwb dlm sesuatu perkara. Bg perempuan pulak,setiap perkara yg dibuat mstilah serius. Sbb mereka fkr sume perkara yg dibuat sbg tanggungjwbnya. Tp pendapat ni tdk blh di ambil kira sbg fakta tepat sbb perempuan tidak blh meneka ape yg sbnrnya yg b'main di fkrn lelaki. Cuma dari segi fizikalnya sj lelaki nmpk begitu.

soalan 2 : Erm soalan no 2 ni ade relate ngan soalan 1. Kenapa lelaki tdk dpt memahami perempuan? Sbb percanggahan fkrn antara lelaki ngan perempuan. Perempuan ni sbnrnya senang je nk teka. Ape yg dikatekan oleh kaum perempuan sumenye hanya untuk mendapatkan perhatian. Xde maksud pun untuk mengarah-arah kaum lelaki. Dlm bercinta la. Kalau time kerja memang perempuan lbh teliti dan kaum lelaki kadang kala lbh mudah bertoleransi. Sbb tu ramai lelaki ckp bos perempuan fussy. Tp yg peliknye,kaum adam ni kadang2 bile dlm bercinta xpernah untuk memahami teman nya sendiri walaupun telah berulang kali diberitahu. Bkn lah sbb kaum hawa nk mengongkong,cume kaum hawa nakkan yg terbaik utk mereka berdua. Fikir-fikir lah..

soalan 3 : Bkn sukar difahami tetapi suke berbasi-basi ngan kata2 mereka. Perempuan pun sbnrnya ade ego. Ego yang malu untuk tonjolkan diri dpn lelaki sb takut dikate tdk sopan,mengade2,byk songeh dan pipi tersorong2 oleh llaki. Perempuan memang suke kalau lelaki yg mulakan dulu. Dah memang jd adat perempuan timur diajar supaya jgn jd "Perigi cari timba". Tp zaman skrg ni ade lg ke? Hmm maybe ade la. Cam aku kot. Hahaha.... Sbnrnye bkn takut dikate begitu, cume rase patut yg lelaki kene mulakan dulu. ^_^

soalan 4 : Mane ade perempuan xnak memahami lelaki. Cume lelaki je yg xperasan kalau temannya sgt memahaminye. Sbb kaum adam rase terkongkong ngan kate2 teman perempuannya. Camane kaum hawa xcomplain kalau dh teman lelakinya buat perkara yg die xsuka. Tp kalau kaum lelaki ckp die xsuka temannya buat sesuatu perkara, kaum hawa ikut je. Kdg2 kaum hawa xpernah pun anggap itu sbg mengongkong. Cume kaum adam je yg terasa cmtu. Pelik...


Haha... Pendapat aku ni xtau la blh diterima akal ke x. Aku cume bg pendapat b'dasarkan pemerhatian terhadap beberapa org yg lain. Suke je survey2 cmtu.. Sesapa ade pendapat blh la diutarakan ye...Daa~~


read more~
 

Life Is Beautiful Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting