Monday, December 27, 2010

Lelaki Ego...

Posted by YaNa at 3:47 PM
Salam...

Sejak dahulu lagi lelaki memang terkenal sebagai anti-menangis. Biasalah, ia kerana ego yang begitu menebal di dalam diri mereka. Walaupun hati mereka hancur ketika itu, tapi demi mempertahankan ego mereka, lelaki tidak akan sesekali menumpahkan air mata. Kaum lelaki sering beranggapan, menangis sama sahaja mengumumkan kepada dunia bahawa mereka orang yang lemah. Namun wanita perlu memberitahu lelaki pandangan tersebut patut diubah.

Beritahu si dia kalau mereka ingin menangis atau berasa sedih, lakukanlah dan ia sesekali tidak akan langsung mengurangkan rasa kagum wanita terhadap keperkasaan lelaki malahan wanita akan makin kagum kerana sedar, jauh di sudut hati lelaki, mereka juga berjiwa halus.

Tetapi awas, jangan berlebihan menangis kerana kelihatan sangat buruk kalau lelaki menangis keterlaluan. Tahukah anda menangis akan membuatkan seseorang itu berasa lega dan dapat meredakan segala masalah yang bersarang di dada. Apabila pasangan menunjukkan rasa simpati, hubungan pasangan tersebut akan bertambah erat dan penuh kemesraan.

"Menurut kaunselor berdaftar,Hushim Salleh, setiap individu memiliki egonya sendiri sama ada dia lelaki ataupun perempuan.Walau bagaimanapun, darjah keegoannya sudah tentu berbeza-beza antara satu sama lain. Kata beliau lagi, konsep ego sebenarnya melibatkan keyakinan dan jati diri seseorang. Lazimnya apabila seseorang lelaki itu mempunyai sifat tersebut, dia akan berasa dirinya melebihi orang lain. Selain itu, dia juga acap kali merasakan bahawa individu lain tidak selari dengan pendapat dan pemikirannya. Lantas situasi ini mendorongnya untuk banyak membantah dan menentang.

“Selalunya orang yang ego ini, dia mempunyai sifat agresif yang lebih tinggi daripada orang lain. Dia selalu sahaja hendak menang. Apabila dia pandang orang, selalunya dia hendak pandang dirinya lebih tinggi daripada mereka,” terang Hushim. Ego lelaki biasanya akan menjadi lebih ketara apabila dia berhadapan dengan wanita. Umumnya keegoan tersebut tercetus kerana lelaki sentiasa berfikir yang mereka lebih tinggi, hebat, berkuasa dan kuat berbanding wanita. Lantaran itu, bagi mereka, wanita mesti mendengar dan menurut kata-kata mereka.

“Lelaki biasanya mengatakan dialah pemimpin dan ketua terutamanya kepada golongan perempuan. Inilah yang membentuk ego. Memandangkan dia menganggap lelaki sebagai pemimpin dan ketua, jadi apa sahaja yang dia buat mesti lebih daripada perempuan. Pada masa inilah dia cenderung untuk menunjukkan kekuatannya,” ulas beliau. "

p/s: walaupun kamu seorang yang ego. tidak pernah sedetik pun untuk merendahkan kamu sebagai seorang lelaki. tidak salah jika kamu mengaku kesalahan & meluahkan apa yang dirasa. apabila hati sudah bersedia untuk tidak mengulangi kesilapan yang lalu, maka terzahirlah ucapan maaf yang ikhlas. kita manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan. tetapi kita juga tidak diciptakan untuk melakukan kesilapan yang berulang kali. ini lah hidup kita sebagai khalifah. kesilapan dijadikan sebagai panduan bukan ikutan. sedangkan Nabi Muhammad s.a.w juga tidak menunjukkan ego dihadapan isteri2nya & kaum wanita yang lain serta tidak malu untuk memujuk.

read more~

0 comments:

 

Life Is Beautiful Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting