Tuesday, December 07, 2010

Tahun Baru... Salam MaalHijrah 1432 ^_^

Posted by YaNa at 10:12 AM
Salam...

Alhamdulillah & syukur ke hadrat Ilahi kerana aku telah memasuki tahun baru yang penuh makna.

Salam MaalHijrah 1432 kepada semua umat Islam di Malaysia. ^_^

Bila hati mula berbicara: Semua perbicaraan bermula dari hati, perasaan & jiwa. Tidak lagi boleh menafikan @ cuba memusingkannya supaya menjadi sesuatu yang lain. Ketenangan jiwa diganggu apabila perasaan bergelora dari hati yang disakiti. Kemudian, mula berfikir-fikir tentang semuanya dalam satu. Betulkah aku? Patutkah aku? Relakah aku? Yang menjadi mangsa ialah "fikiran". Fikiran jadi berkecamuk untuk meleraikan segala kekusutan yang dilakukan samada secara sengaja @ tidak sengaja @ mengikut nafsu semata-mata. Apabila kelogikan berfikir menjelma, tidak semudah itu hati mahu mempercayainya. Oleh itu apa jalan penyelsaiannya.

Hanya doa. Doa orang-orang yang benar-benar perlukannya. Yang sentiasa disisi Allah. Tidak pernah lupa pada-NYA walau untuk sedetik. Khusyuk & tawaduk la berdoa kepada-NYA sehingga berlinangan air mata jernih yang datang dari hati yang suci.

:: Jika dia yang terbaik untukku, Kau dekatkannya denganku Ya Allah...
Jika dia bukan yang terbaik untukku, jauhkan dia dariku Ya Allah...
Sesungguhnya yang Terbaik hanya dariMU Ya Allah...

Kini hati hanya mampu bersabar. Sesungguhnya ku harap dariMu Ya Allah mengurniakan kesabaran yang tinggi & hati yang cekal bagiku. Ku mohon perubahan yang sebaik-baiknya dariMU Ya Allah...

tulus ikhlas dari hati - Liyana Sha'ari

read more~

0 comments:

 

Life Is Beautiful Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting