Monday, April 27, 2009

DiKhianati vs DiPulaukan

Posted by YaNa at 1:24 PM

Assalamualaikum...

Hmm pernah tak anda dikhianati @ dipulaukan oleh org len?

Kamus dewan: ~Khianat

1.perbuatan jahat yg (bertujuan) menganiaya atau mendatangkan kecelakaan pd orang lain, tipu daya, perbuatan belot atau tidak setia (kpd negeri, bangsa, dll): orang yg berbuat ~ itu adalah orang yg sangat hina
2. yg (bertujuan) menganiaya atau men­celakakan dsb orang lain, yg belot kpd negara: perbuatan ~; orang ~ orang yg melakukan (perbuatan) khianat; berkhianat berbuat khianat: mence­lakakan, memperdaya, membelot terhadap, tidak setia kpd: dgn memihak kpd musuh.

Kamus dewan: ~dipulaukan

1.memisahkan dr yg lain; mengasingkan. 2 tidak mempedulikan; memboikot.

Bagi anda yang merasakan telah dikhianati dan dipulaukan, perlulah difahami diri anda sendiri dahulu sebelum anda menilai orang-orang yang mengkhianati dan memulaukan anda. Dan ingatlah hanya manusia yang menilai manusia. Sesungguhnya setiap manusia tidaklah Sempurna. Dan sesungguhnya ini adalah ujian dari Maha Yang Esa. Berdoalah.. Dan apabila berdoa:-

***
Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.


read more~

0 comments:

 

Life Is Beautiful Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting