Tuesday, February 08, 2011

Kejadian semalam...

Posted by YaNa at 12:53 PM
Salam...

Semalam saya telah ke satu kelinik di sini untuk mengambil suntikan Rubella. Ini adalah disebabkan masa sekolah dulu tak suntik. hehe... Tapi doktor sarankan buat blood test dulu.

Rubella ni adalah untuk mengelakkan mendapat anak cacat pekak-bisu. So sbb tu saya kelam kabut nk ambik suntikan. hehe... Kene wt blood test dlu. Nk tau sama ada saya perlu @ tidak suntikan itu. Kalo dh cukup rubella nye tak perlu ambik la. Blood test ini bagus jugak utk tahu tahap pembawa Hapetitis A & B serta Talasemia.

Kadang2 org kita ni tak tahu apa simtom2 & keburukan daripada penyakit serta punca penyakit dari darah ini. Ok mari berkongsi sedikit bersama saya...

Hepatitis A

Hepatitis adalah jangkitan atau radang pada hati. Banyak faktor yang menyebabkan hepatitis boleh berlaku; jangkitan virus adalah salah satu daripadanya. Banyak virus yang boleh menyebabkan hepatitis samada secara langsung atau tidak langsung. Virus hepatitis memberi kesan yang besar ke atas hati. Terdapat beberapa jenis virus hepatitis(A,B,C,D,E dll). Hepatitis A disebabkan oleh virus hepatitis A, yang dipindahkan melalui najis, makanan atau air yang tercemar.

*Gejala & tanda2 :-

Ia mengambil masa 15 hingga 40 hari untuk menjadi penyakit hepatitis A selepas mangsa dijangkiti virus tersebut. Tidak semua pesakit berasa sakit setelah dijangkiti hepatitis A. Sebahagian dewasa yang dijangkiti akan berasa sakit dan tidak sihat setelah dua minggu dijangkiti (kadangkala lebih). Kebanyakan kanak-kanak menunjukkan tanda-tanda dan gejala selepas dijangkiti. Walaubagaimanapun, pesakit yang tidak menunjukkan gejala masih boleh menjangkiti orang lain. Virus hepatitis A wujud dalam najis individu yang dijangkiti dalam masa dua minggu dan sehingga dua minggu selepas gejala bermula.

Gejala dan tanda-tanda termasuk


1. Hilang selera makan, loya
2. Demam
3. Muntah-muntah
4. Kesakitan pada perut
5. Keletihan
6. Penyakit kuning, air kencing kotor, najis berwarna pucat

*Hepatitis A boleh di cegah melalui :-


1. Menjaga kebersihan diri (kerap basuh tangan selepas keluar daripada tandas dan selepas makan)
2. Gunakan bekalan air yang bersih
3. Membasuh buah-buahan dan sayuran sebelum dimakan
3. Elak makan kerang mentah

Hepatitis B

Hepatitis B adalah disebabkan oleh virus Hepatitis B, HBV. Virus ini boleh didapati di dalam darah dan cecair badan orang yang telah dijangkiti dan boleh merebak jika anda terdedah kepada darah, cecair darah(serum) atau cecair dari alat kelamin mereka. Ini boleh berlaku jika anda berkongsi jarum dan picagari atau melalui hubungan kelamin. Wanita yang dijangkiti boleh menyebabkan bayi mereka terdedah kepada virus ini.

* Gejala & tanda2 :-

Anda akan mengalami tanda-tanda penyakit ini dalam masa 45-160 hari dari hari anda mula dijangkiti. Jika dijangkiti, orang dewasa adalah lebih cenderung untuk mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit ini jika berbanding dengan kanak-kanak. Tanda-tanda awal dijangkiti

Hepatitis B adalah :

1. Penat
2. Sakit kuning
3. Gatal-gatal
4. Hilang selera makan
5. Hilang berat badan
6. Sakit perut
7. Sakit-sakit sendi

*Hepatitis B boleh dicegah :-

1. Rehat yang secukupnya dan minum air dengan banyak
2. Diet rendah lemak dan dan kurang perisa/tawar
3. Elakkan arak/alkohol
4. Dapatkan nasihat doktor mengenai ubat-ubat yang diambil untuk penyakit kronik yang lain

p/s: Kalo ade info len saya tulis lg okey. Bg kawan2 yang ingin berumahtangga sila pastikan anda wt blood test dulu eh. Happy sharing... :)

read more~

0 comments:

 

Life Is Beautiful Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting