Saturday, May 14, 2011

Ujian Allah S.W.T

Posted by YaNa at 11:29 PM
Salam...

Kita sebagai hamba yang lemah dan sentiasa tidak mengikut jalan yang betul... Benarlah kata2 seorang kawan, kita hanya akan menunduk kepada Allah swt apabila kita dalam kesusahan. Tetapi kenapa perlu mensyirikkan Allah jika benar kita dalam kesusahan @ kesulitan. Sepatutnya hanya kepada dia kita memohon... Astagfirullah... Seorang ustazah telah berkata kepada saya, kita hanya akan mendapat berkat, keredhaan & kebahagian apabila suci hati kita dari sebarang kekotoran. Hanya kepada Allah sahaja. Hanya dengan izin Allah sahaja. Jika kita masih menggunakan cara kotor, kenapa meminta pertolongan & berdoa siang malam kepadanya???

Jodoh & ajal di tangan Allah swt... Ingat lah bahawa manusia di muka bumi ini dijadikan berpasang-pasangan. Apabila Allah menetapkan, tiada siapa boleh mengubah melainkan dari pertolongan Syaitan. Saya amat bersyukur kerana telah diberi petunjuk & keredhaan di dalam setiap ujianNya... Semoga ujian ini dapat dilalui dengan lebih tabah, semangat & sentiasa dijalanNya. :)))

Kepada yang berkenaan, hentikan lah niat kamu itu. Saya akan redha apa yang berlaku sebelum ini. Jangan la kamu ganggu kehidupan kami. Jodoh di tangan Tuhan. Mencintailah kerana Allah bukan kerana Nafsu. Insyallah akan ketemu yang terbaik untuk kamu. Maaf keterlanjuran ini. Kerana seorang ustazah telah memberitahu niatmu dengan izin Allah saya mengetahuinya. Hijrah kamu bukan dari segi fizikal semata-mata. Hijrah la kamu dari hati & perasaan kamu. Saya doakan apa yang kamu lakukan ini kepada kami diberi setimpal dengan apa yang kamu lakukan.

p/s: What comes around goes around... Di masa penghujung Dunia ini, balasan diberi terus menerus dari Allah swt untuk menunjukkan manusia yang sesat.

read more~

0 comments:

 

Life Is Beautiful Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting